22 August 2016

WAKIL STAF SK TEBAANG @ PSKPP ANTARA DAERAH MUKAH 2016

       Tahniah kepada beberapa orang wakil dari SK Tebaang yang diberi peluang untuk mewakili daerah Daro dalam pertandingan badminton dan bola sepak PSKPP anjuran daerah Dalat pada 20 September 2016.
       Bagi acara badminton yang diadakan di Dewan Masyarakat Oya, antara wakil dari SK Tebaang adalah Cikgu Abdul Khalim Bin Mansor (Guru Besar), Cikgu Serudin Bin Mahiden (PK 1), Cikgu Mustapha Hasim (PKKK) dan Encik Tawfik Bin Hambali (Juru Teknik Komputer). Bagi bola sepak pula Cikgu Abdul Khalim Bin Mansor turut sama menyertai acara berkenaan yang berlangsung di Padang Bola Sepak SMK Oya, Dalat.

MAJLIS SOLAT HAJAT TAHUN 6 2016

       Pada 21 September 2016, telah berlangsung majlis solat hajat bagi pelajar tahun 6 2016. Majlis ini adalah anjuran kerjasama antara Panitia Pendidikan Agama Islam dan Unit Hal Ehwal Murid. Majlis ini turut disertai oleh wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Staf SK Tebaang, Ibu-bapa pelajar dan seterusnya murid tahun 6. 
       Acara bermula tepat jam 10:00 pagi di mulai dengan solat sunat taubat, solat sunat dhuha dan akhir sekali solat sunat hajat yang dipimpin oleh Imam 1 Masjid Kampung Tebaang. Program ini adalah program tahunan yang sentiasa dianjurkan oleh pihak SKTD.  Bertujuan sebagai salah satu usaha bagi membantu para calon yang akan menduduki UPSR untuk memohon ke hadrat Allah S.W.T agar memberkati usaha dan memberi ketenangan kepada pelajar agar merestui segala usaha yang dilakukan sepanjang tahun ini dengan harapan agar keputusan yang cemerlang dapat dicapai.

Klinik BM (PENULISAN) SAINS & BAHASA INGGERIS UPSR 2016

       Klinik bimbingan untuk menjawab soalan format baharu UPSR 2016 diteruskan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) yang telah diadakan pada 16 Ogos 2016 yang mana penceramah jemputan yang telah diundang adalah Cikgu Pathe Bin Morni dari SK Orang Kaya Sergunim, Matu.
      Bagi mata pelajaran Sains yang diadakan keesokkan harinya iaitu 17 Ogos 2016, Cikgu Mohardi dari SK Sawai, Daro telah menyumbang tenaga untuk membimbing para pelajar dalam menjawab soalan Sains. 
      Untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris pihak SKTD amat mengalu-alukan iltizam Cikgu Noraida Kipli Guru Besar SK Ulu Daro untuk membantu para pelajar untuk meningkatkan prestasi dan kualiti jawapan untuk UPSR kali ini.
       Pihak SK Tebaang amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih para penceramah jemputan yang sudi datang ke sini untuk memberi bimbingan kepada c alon UPSR pada tahun ini. Semoga jasa bakti cikgu sekalian hanya Allah yang akan membalasnya. Insha Allah.

11 August 2016

KLINIK BM PEMAHAMAN & MATEMATIK UPSR 2016

       Unit Akademik dan Unit Bimbingan Kaunseling berjaya menganjurkan beberapa program akademik yang menjurus kepada bimbingan dalam menjawab soalan berbentuk UPSR untuk para pelajar tahun 6 bagi tahun ini, khususnya pada fasa pecutan akhir sebelum calon UPSR 2016 ini menduduki peperiksaan. Untuk itu bermula pada minggu ini dan akan berlanjutan untuk minggu hadapan beberapa penceramah dari luar yang mempunyai pengalaman luas mengajar tahun 6 telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka. 
       Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman) Cikgu Zurkarnain Bin Abdul Moid telah mengadakan sesi klinik menjawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman pada 9 Ogos 2016 yang lalu dan untuk mata pelajaran Matematik pula berlangsung pada 10 Ogos 2016. Klinik Matematik ini telah dikendalikan oleh Cikgu Yusuf atau lebih dikenali sebagai Cikgu Damak. Menariknya juga SK Ulu Daro turut menghantar para pelajar untuk menyertai klinik berkenaan dalam rangka koloborasi program PROTUP.

10 August 2016

BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPSR PERINGKAT PROTUP

       Menjelangnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), pelbagai giat usaha telah dijalankan bagi memastikan calon UPSR 2016 benar-benar bersedia dari segi persediaan mereka sebelum menduduki UPSR yang bakal menjelma tidak lama lagi.
      Pihak PROTUP (Gabungan SK Tebaang, SK Ulu Daro dan SK Pangtray) telah berjaya mengadakan bengkel menjawab soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Melayu (Pemahaman) dan Bahasa Inggeris. Program ini berjalan selama 3 hari bermula 4/08/2016 hingga 6 /08/2016 di SK Ulu Daro.
      Bengkel ini diadakan bertujuan sebagai satu usaha untuk memantapkan kualiti skrip jawapan para calon UPSR dari 3 buah sekolah ini dalam mata pelajaran berkenaan.Sepanjang 3 hari program ini dijalankan seramai 77 orang calon UPSR bagi ketiga-tiga sekolah ini begitu fokus dan bersemangat dan diharapkan mereka dapat mengutip sedikit sebanyak panduan serta tip-tip yang penting dalam menjawab soalan peperiksaan itu nanti.