30 December 2018

SAYONARA CIKGU AZMAN DAN USTAZAH AQIDAH


Selamat tinggal diucapkan kepada dua orang guru SK Tebaang, iaitu Cikgu Azman bin Alias dan Ustazah Nur Hidayah Aqidah binti Md Yusof yang berpindah ke sekolah baharu mulai 2019.
        Cikgu Azman yang mula berkhidmat di SKTD pada tahun 2012 akan bdrpindah ke SK Sibu Jaya, Sibu manakala Ustazah Nur Hidayah Aqidah yang memulakan kerjayanya sebagai guru di SKTD mulai 2015 pula akan berpindah ke SK Wira Jaya, Kota Samarahan. Sesungguhnya perpindahan mereka berdua sedikit sebanyak dirasai kehilangan oleh warga SKTD yang lain.
       Semoga Cikgu Azman dan Ustazah Aqidah terus sukses dan menabur bakti mendidik anak bangsa di tempat kerja yang baharu. Sayonara!



KEPUTUSAN UPSR 2018

TAHNIAH #TEAMTEBAANG 3.0

Tahniah diucapkan kepada semua calon UPSR SK Tebaang Daro kerana telah mendapat keputusan yang memberansangkan pada tahun ini. Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa dan usaha lebih lagi sehingga berjaya.
        Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bertungkus lumus mempersiapkan murid-murid SKTD dengan curahan ilmu yang tidak terhingga. Tidak dilupakan kepada ibu bapa yang banyak memberikan sokongan kepada anak-anak untuk tidak sesekali berundur dalam mengejar kejayaan mereka.
       Setiap seorang daripada anda berhak dan mempunyai peluang untuk menggenggam kejayaan. Teruskan perjalanan anda mencari ilmu dan makna dalam kehidupan dalam espiod hidup yang seterusnya. Selamat maju jaya dan semoga anda semua dapat mengejar cita-cita yang diimpikan selama ini.

SAMBUTAN MAUDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Pada 20 November yang lalu, Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengadakan Sambutan Maullidur Rasul peringkat sekolah bertempat di perkarangan sekolah SKTD. Program yang dijalankan serba ringkas ini dilaksanakan semasa waktu perhimpunan hari Isnin dan para guru lelaki segak memakai baju melayu lengkap manakala guru perempuan berbaju kurung pada hari tersebut.
        Program dimulakan dengan bacaan selawat beramai-ramai dengan pimpinan Tuan Haji Mustapa bin Hashim, Penolong Kanan Ko-kurikulum. Majis diteruskan lagi dengan tazkirah mengenai kisah hidup rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW kepada murid-murid. Selesai tazkirah, sesi kuiz diadakan.
       Selesai sahaja sesi tazkirah tersebut, murid-murid dibawa mengelilingi kawasan sekolah sambil berselawat ke atas Rasulullah SAW, diketuai oleh Encik Hassan bin Norden, Guru Besar. Program sebegini dapat dilaksanakan dann mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun dilaksanakan serba ringkas. Mudah-mudahan murid-murid SKTD sentiasa menghidupkan sunnah baginda dan sentiasa mengingati baginda.


PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SK TEBAANG 2018

Pada 2-4 November yang lalu, Unit Ko-kurikulum SKTD telah mengadakan perkhemahan tahunan unit beruniform peringkat sekolah. Seramai 40 orang murid yang juga merupakan ahli Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah dari Tahun 4 hingga 6 telah dipilih untuk menyertai perkhemahan pada kali ini.
       Perkhemahan ini diadakan bagi menguji pengetahuan asas murid-murid dalam unit beruniform seperti ikatan tali dan anduh, bantuan kecemasan, kawad kaki, binaan gajet, bacaan bearing dan masakan rimba selain daripada meningkatkan ketahanan fizikal, emosi dan spiritual dalam kalangan murid-murid melalui aktiviti tea building, obstacle, meredah hutan dan visual rosak. Ini adalah kolaborasi kali ke-4 SKD bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) Daerah Daro bag menjayakan perkhemahan pada kali ini.
        Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah berjaya mengharungi 3 hari 2 malam yang penuh cabaran ini. Terima kasih kepada petugas-petugas Tahun 6 yang banyak membantu fasilitator mengendalikan aktiviti bagi memastikan kelancaran program. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.