23 October 2018

PERKHEMAHAN KEM KEPIMPINAN CALON PEGAWAS BAGI TAHUN 2019


Alhamdullillah, selesai satu lagi tugasan dalam pengendalian Kem Kepimpinan Calon Pegawas Bagi Tahun 2019 pada 19 - 21 Oktober 2018. Kem ini telah diadakan di Pantai Belawai, Mukah. Seramai 45 orang bakal pengawas telah berkampung di Pantai Belawai selama 3 hari 2 malam dengan pengisian program yang amat padat. 
       Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk memilih bakal pegawas yang berpotensi untuk memikul amanah sebagai pemimpin kecil di sekolah. Selain itu, ia juga memberikan latihan asas dan sifat-sifat yang perlu kepada setiap pengawas yang akan dipilih.





HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK KG. TEBAANG 2018

Sebagai menyahut seruan Kementerian Belia & Sukan, Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Tebaang telah mengadakan program berkenaan pada 13 Oktober 2018 yang lalu. Seramai 220 peserta yang terdiri daripada staf, guru dan para pelajar telah menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan pada hari berkenaan.
        
       Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
        
       Antara aktiviti yang dijalankan seperti acara merentas desa dan permainan tradisional seperti galah panjang serta kaki 3. Acara bermula pada jam 7:30 pagi  dan berakhir pada 11:30 pagi. Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang sejurus selesai acara-acara berkenaan.