Bagi memahami prestasi dan cabaran semasa murid-murid Tahun 6, satu program dialog bersama ibu-bapa telah dijalankan oleh SK Tebaang, Daro.Dialog prestasi kini adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan secara optimum kecemerlangan sekolah. Program ini juga dijalankan bagi menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), Objektif program ini adalah untuk ibu bapa memahami dan mengenalpasti prestasi anak mereka sebelum menduduki peperiksaaan UPSR 2014.Dialog Prestasi kali ke-2 bersama ibu bapa tahun 6 ini telah diadakan di makmal SK Tebaang Daro pada hari rabu 23 julai 2014.Terima Kasih kepada semua guru,staf dan ibubapa yang telah menjayakan program ini,wassalam
|
No comments:
Post a Comment