6 January 2016

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2016

       Pada tarikh 4 Januari 2016, maka bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2016 setelah sebulan lebih para pelajar bercuti panjang. Bagi murid-murid Tahun 1 seramai 29 orang pelajar telah mendaftar bagi sesi kali ini, Dari riak wajah kesemua pelajar Tahun 1 ternyata begitu teruja kerana dapat memasuki kelas berkenaan. Bagi tahun ini kesemua pelajar yang berdaftar di SK Kg. Tebaang adalah seramai 196 orang. 
       Bagi pelajar Tahun 6 pada tahun ini, mereka akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan format terbaharu.  Dengan pertambahan subjek Bahasa Inggeris penulisan yang akan dikira secara berasingan ternyata akan lebih memberi cabaran kepada calon-calon UPSR ini untuk menaikkan prestasi masing-masing. Adalah menjadi harapan semua warga SK Kg. Tebaang pada tahun ini agar para pelajar dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk menjulang prestasi dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah demi masa depan para pelajar sendiri













5 January 2016

SELAMAT TAHUN BAHARU 2016




Assalamualaikum...

       Belum terlambat rasanya pihak kami untuk mengucapkan selamat menyambut tahun 2016 kepada semua pengunjung blog rasmi Sekolah Kebangsaan Kampung Tebaang. Sepanjang tahun 2015  blog ini tidak dikemaskini disebabkan admin yang terdahalu iaitu Ustaz Zulkarnain telah berpindah ke SK Camporan Daro. Selain itu kekangan masa juga menghambat pihak kami untuk terus menyalurkan berita dan peristiwa semasa untuk tetapan semua. 

      Kedatangan tahun 2016 ini telah menjadi azam pihak kami untuk sedaya upaya  terus menyampaikan berita terkini tentang sekolah ini. Semoga azam ini dapat disempurnakan dengan jayanya pada tahun ini dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan perancangan ini dapat direalisasikan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi berkunjung ke blog ini.