19 February 2014

Kem Bestari Solat Fasa 1/2014 SK Tebaang Daro..

Alhamdulillah.. Selesai sudah program Kem Bestari Solat Fasa 1 bagi tahun 2014 yang dianjurkan oleh Panitia j-QAF dengan kerjasama guru-guru Pendidikan Islam, guru-guru KAFA, dan semua guru SK Tebaang Daro yang bermula jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang. 

Program Kem Bestari Solat (KBS) merupakan satu program j-QAF yang wajib dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun. Pada Kem Bestari Solat Fasa 1 ini, murid-murid diberi tunjuk ajar tentang teori wudhu' dan teori solat berserta amali wudhu' dan amali perlakuan dalam solat.

Murid-murid telah diagihkan kepada beberapa kumpulan yang dikendalikan oleh para fasilitator yang terdiri daripada guru j-QAF, guru Pendidikan Islam, guru KAFA dan guru akademik SK Tebaang Daro. Murid-murid dinilai oleh para fasilitator masing-masing tentang teori wudhu' dan solat serta amali wudhu' dan amali solat.

Sekitar aktiviti Kem Bestari Solat Fasa 1/2014 di SK Tebaang Daro pada petang tadi..






























































Panitia j-QAF SK Tebaang Daro mengucapkan jutaan terima kasih kepada para fasilitator dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Kem Bestari Solat Fasa 1/2014 pada petang tadi. Semoga segala sumbangan yang diberikan bagi menjayakan program tersebut mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Jazakallahu khoiran jazak..

Sekian, terima kasih..