28 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU DAN APC DAERAH DARO

       Sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah berjaya dianjurkan dengan begitu jaya dan meriah sekali oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Daro. Acara ini telah diadakan di Dewan Terbuka Kampung Tian Matu pada sebelah pagi 28 Mei 2016. Majlis ini begitu bermakna dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Abdul Wahab Bin Dollah, Ahli Parlimen P.207 Igan dan Yang Berhormat bagi Dun N.43 Daro, Encik Shafiee Bin Haji Ahmad.
       
       SK Tebaang dan beberapa sekolah sekitar Zon Tanjung Jol dan Zon Tanjung Alan telah terlibat dalam acara ini dengan menyediakan juadah untuk para tetamu yang hadir. Sambutan yang diadakan ini turut menarik kehadiran penduduk sekitar Matu-Daro untuk sama-sama meraikan sambutan kali ini.

       Serentak dengan dengan sambutan hari guru kali ini juga adalah penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. Antara penerima anugerah ini adalah guru dari SK Tebaang iaitu Cikgu Kachindai Anak Daniel dan Cikgu Nik Norhafiza Binti Nik Abdullah. Bagi pihak warga SK Tebaang, kami ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas usaha komitmen yang amat tinggi yang telah kalian tunjukkan.





27 May 2016

KEM BESTARI SOLAT 1 / 2016

       Alhamdulillah...Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Guru-Guru KAFA telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat Siri 1 pada 24 Mei 2016 yang lalu. Kem ini bermula jam 2:00 petang telah mendapat sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan dari pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang kem ini berlangsung.




26 May 2016

LAWATAN PENANDA ARAS SK TEBAANG KE SK PANGTRAY

       Lawatan Penanda Aras Ibu Bapa Prasekolah SK Tebaang telah berkunjung ke SK Pangtray dalam rangka jalinan kerjasama PROTUP. Rombangan ini telah diketuai oleh Guru Besar SK Tebaang, Encik Abdul Khalim Bin Mansor. Antara turut serta dalam lawatan ini adalah para ibu bapa pelajar prasekolah SK tebaang bagi menjalinkan hubungan muhibah antara dua komuniti sekolah ini. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada lawatan ini yang boleh diaplikasikan bagi menjadikan tadbir urus sesebuah prasekolah lebih berkesan. Terima kasih kepada pihak SK Pangtray atas layanan yang sangat baik dan mesra kepada pihak rombongan SK Tebaang.


SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA SK TEBAANG-APRIL/MEI

          Dalam kesibukan dengan pelbagai tugas rutin yang lain, pihak sekolah tidak lupa untuk meraikan sambutan hari lahir bagi semua staf dan pelajar. Seperti kebiasaannya, sambutan kali ini turut juga dihadiri para keluarga pelajar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tebaang. Untuk sambutan kali ini adalah untuk mereka yang dilahirkan pada bulan April dan Mei. Walaupun disambut secara sederhana namun kemeriahan tetap dirasakan walaupun majlis dijalankan secara ringkas. 


SIMULASI 'FIREDRILL' SIRI 2 / 2016

          Unit Hal-Ehwal Murid sekali lagi telah menganjurkan latihan menghadapi kebakaran siri 2 yang telah diadakan pada 26 Mei 2016. Simulasi ini bermula pada jam 9:30 pagi dan berakhir 15 minit kemudian. Melalui pemerhatian yang dijalankan, para pelajar lebih peka tentang aspek keselamatan dan bersedia semasa menghadapi situasi kebakaran.


SK TEBAANG @ KARNIVAL BM & BI DI TANJUNG MANIS

       Pada 24 Mei 2016 bertempat di SK Abang Gesa, Belawai, berlangsungnya Karnival Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi peringkat daerah Daro. Dua orang pelajar dari SK Tebaang iaitu Adik Nurul Azwa Binti Abdul Rahman dan Adik Erfa Binti Affendi telah mewakili Zon Tanjung Alan dalam kategori Poetry Recitation yang bertajuk 'Life Is Beautiful'. Pasukan ini telah dibimbing oleh Miss Nuraini dan Puan Nor Azma. Dalam kategori ini, kedua-dua peserta ini telah berjaya menduduki tempat kedua, Tahniah diucapkan atas pencapaian yang cemerlang dan membanggakan.




17 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU PROTUP 2016

       Pada tarikh 16 Mei 2016 bertempat di SK Pangtray, satu majlis Hari Guru 2016 yang gilang-gemilang telah berjaya dihoskan oleh pihak SK Pangtray yang mana menghimpun kesemua guru dari 3 buah sekolah yang dijalinkan dalam aktiviti PROTUP (Program SK Tebaang, SK Ulu Daro dan SK Tebaang).
       Pihak SK Tebaang telah turut serta yang mana telah menghantar rombangan yang terdiri daripada para guru, staf sokongan dan wakil pihak PIBG ke majlis berkenaan. Tetamu kehormat yang hadir adalah wakil rakyat yang baharu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) - N43 Daro adalah Yang Berhormat Shafiee Bin Haji Ahad. 
      Pelbagai acara turut diadakan bagi memeriahkan sambutan hari guru yang dijulung kali dianjurkan secara bersama antara 3 buah sekolah ini. Beberapa saat menarik yang sempat dirakam oleh lensa kamera pada petang semalam.



SAMBUTAN HARI GURU SK TEBAANG 2016

     

       Hari Guru peringkat SK Tebaang telah berlangsung dalam suasana yang sederhana tetapi cukup meriah pada pagi semalam. Sambutan sempena mengenang jasa para guru pada setiap 16 Mei adalah kelolaan pihak PIBG seratus peratus. Antara ini turut dimeriahkan dengan kedatangan Yang Dipertua PIBG yang baharu iaitu Encik Yusri Solhi, Imam Ketua Kaum Encik Jaafar Rasdi dan Ayahanda Rahman Lebar. Antara acara yang sempat diadakan dalam program berkenaan adalah nyanyian koir guru, penyampaian hadiah, sesi pemotongan kek dan persembahan daripada pelajar.




KARNIVAL BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS

Zon Tanjung Alan telah berjaya menganjurkan aktiviti Karnival Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris di bawah kelolaan SK Ulu Daro. Aktiviti tersebut telah berlangsung pada 12 Mei yang lalu. Antara pertandingan yang disertai oleh pelajar SK Tebaang adalah seperti pertandingan bercerita Bahasa Melayu , dan  'Poetry Recitition' Alhamdullillah..acara 'Poetry Recitition' yang diwakili oleh adik Effa Najiha Effendi dan adik Nur Azwa Abdul Rahman berjaya menggondol tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Selepas ini mereka akan mewakili Zon Tanjung Alan untuk ke peringkat daerah Daro di Tanjung Manis pada 24 Mei ini nanti.


MESYUARAT AGUNG PIBG SK TEBAANG 2016

       Mesyuarat Agung PIBG SK Tebaang berlangsung pada 5 Mei 2016 yang lalu adalah untuk memilih Ahli Jawatan Kuasa bagi sesi 2016 - 2017. Kehadiran pada ibu bapa dan para guru pada majlis berkenaan adalah sangat menggalakkan terutama daripada kaum ibu. Semoga dengan adanya pasukan pengurusan PIBG yang baharu ini akan lebih memantapkan lagi kerjasama antara pihak ibu dengan pihak sekolah. Yang Dipertua PIBG yang baharu  bagi sesi kali ini adalah Yusri Bin Solh.


TAKLIMAT PLC & DIALOG PRESTASI UNIT KOKURIKULUM 1

       Sesi perbincangan mengenai program Professional Learning Communities atau lebih dikenali sebagai PLC telah dilaksanakan pada 11 Mei yang lepas. Perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada pembentukan kumpulan guru-guru untuk melaksanakan PLC di peringkat panitia mata pelajaran utama masing-masing. Perbincangan ini telah dihadiri guru-guru dan perbincangan untuk PLC telah dipengerusi oleh Cikgu Nik Norhafiza Binti Nik Abdullah selaku penyelaras PLC SK Tebaang.
       Unit Ko Kurikulum SK Tebaang telah turut sama melaksanakan Dialog Prestasi bagi kali pertama sebaik selesai agenda perbincangan PLC. Dialog Prestasi ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum Cikgu Mustapha Bin Hasim. Antara perkara yang dibincangkan dalam dialog tersebut mengenai prestasi semasa pertandingan semasa yang disertai pelajar khusus dalam bidang ko kurikulum serta kehadiran murid dan guru dalam aktiviti ko kurikulum yang dirancang pada tahun ini.


GOTONG-ROYONG PEMBINAAN SUSUR GAJAH

       Pembinaan Susur Gajah telah dijalankan bermula 28  April yang lepas telah mendapat kerjasama yang amat baik di kalangan ahli PIBG SK Tebaang teruatama daripada kaum bapa. Pembinaan susur gajah ini adalah menghubungkan antara blok pentadbiran, blok kelas, tandas, perpustakaan dan bangunan RMT. Dengan terbinanya susur gajah ini, murid-murid yang bergerak antara bangunan ini tidak kena hujan dan panas. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak ibu bapa yang bertungkus lumus dalam pembinaan susur gajah ini.