13 August 2018

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SAUDAH

Pada hari ini 27 April 2018, kami warga SK Tebaang telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk Cikgu Saudah Bt Dor yang akan berpindah ke SK Orang Kaya Selair, Matu. Beliau yang juga Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid telah memulakan perkhidmatan di SK Tebaang semenjak tahun 2006 lagi. 
       
       Dalam ucapan beliau sebelum itu, berpesan agar setiap pelajar tekun dan bersungguh-sungguh dalam bidang akademik dan kokurikulum dan hendaklah sentiasa menjaga sahsiah dan disiplin. Tidak lupa juga beliau menitipkan nasihat akhirnya agar para pelajar sentiasa mengikuti peraturan sekolah. 
       
       Buat Cikgu Saudah, tiada ucapan yang terbaik atas segala curahan tenaga dan keringat yang pernah tumpah di SK Tebaang selain daripada ucapan ini TERIMA KASIH CIKGU. Jasa dan pengorbanan cikgu akan dikenang sampai bila-bila.
Terima Kasih Cikgu Saudah


KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2018


Kem Membaca 1Malaysia merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009. Tema bagi program ini pada tahun ini adalah  ‘Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari’. Bagi peringkat sekolah ini, program ini telah dijalankan pada 23 April 2018 yang lalu.

       Pada program berkenaan, aktiviti bacaan serentak diadakan selama 10 minit. Dalam slot ini semua warga sekolah membaca buku cerita dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris di mana salah satu objektifnya ialah untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan para murid. Turut diadakan ialah pertandingan meneka bilangan muka surat buku bagi memeriahkan acara pada pagi tersebut.


MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6 BERSAMA IBU BAPA 2018


Alhamdulillah.. Program hari ini ( 22 April 2018) berjalan dengan lancar.. Kehadiran ibu bapa yang luar biasa. Penuh ruang legar dengan ibu bapa yang ingin melihat anak-anam  masing-masing berubah dan inginkan kejayaan.

       Terima kasih diucapkan kepada penceramah, Cikgu Ismadi Bin Johari  yang sudi datang ke SK Tebaang untuk memberi ceramah motivasi kepada murid  tahun 6 SK Tebaang amat memberi erti yang mendalam kepada semua yang hadir.. Jasa cikgu amat dihargai.. Tiada kata yang mampu diucapkan untuk ktk, cikgu selain ucapan TERIMA KASIH CIKGU.

       Terima kasih juga diucapkan atas kesudian ibu bapa yang datang ke sekolah dalam menjayakan program ini.. Kehadiran ibu bapa banyak menyuntik semangat kepada anak-anak yang bakal menduduki UPSR titidak lama lagi.. Sokongan semua amat dihargai oleh pihak sekolah.

PERTANDINGAN MEMANCING PSKPP ZON TANJUNG ALAN



SK Tebaang telah dipilih sebagai venue bagi pertandingan memancing PSKPP Zon Tanjung Alan untuk mencari wakil peserta Zon Tanjung Alan ke pertandingan PSKPP Daerah Daro. Pertandingan berkenaan telah dilangsungkan pada 21 April 2018 di jeti tebingan Sungai Lassa, Daro. Juara untuk pertandingan ini adalah seperti berikut:

                                                                     1. Encik Serudin B. Mahiden 
                                                                     2. Encik Azman B. Alias
                                                                     3. Encik Masni B. Mahdi
 


11 August 2018

MAJLIS PENETAPAN TARGET UPSR 2018


Tarikh: 15 Mac 2018
Hari: Khamis
Tempat : Makmal Komputer SK Kg. Tebaang