22 January 2018

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 / 2018

Majlis ini telah dilangsungkan pada 19 Januari 2018 (Jumaat) di Kelas Tahun 1. Majlis ini juga dimeriahkan juga dengan kehadiran para keluarga murid-murid Tahun 1. Program ini yang mana telah dijalankan selama 3 minggu adalah bertujuan untuk para pelajar Tahun 1 mengenal persekitaran dan pembelajaran di alam persekolahan sekolah rendah agar mereka berminat untuk berinteraksi bersama-sama rakan dan warga SK Tebaang. Di harap aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program ini dapat menjadikan mereka pelajar yang berdisiplin dan bersahsiah yang baik sepanjang berada di sekolah ini dan seterusnya dapat mengikut pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.


16 January 2018

PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018

Sesi persekolahan yang bermula pada 02 Januari 2018 telah dimulai dengan perhimpunan mingguan yang pertama. Bercakap pada perhimpunan berkenaan Cikgu Hassan Bin Norden (Guru Besar) telah memberi amanat yang jelas kepada pelajar bahawa mereka hendaklah mempunyai keazaman yang tinggi berjaya sebagai seorang pelajar dengan mematuhi semua peraturan dan berdisiplin. Pada tahun ini seramai 28 orang pelajar tahun 1 dan  25 orang murid pra sekolah baharu telah memulai sesi pada kali ini. Data pada rekod Unit Hal Ehwal Murid pula mencatatkan seramai 218 orang pelajar berdaftar di sekolah ini bagi pembukaan sesi persekolahan 2018.