12 September 2018

MAJLIS RAMAH AIDIFITRI, GAWAI DAYAK DAN HARI LAHIR

Pada 10 Julai 2018, SK Tebaang Daro dengan kerjasama PIBG SKTD menganjurkan Majlis Ramah Aidilfitri, Gawai Dayak dan Tahun Baru Cina. Majlis ini digabungkan dengan sambuta hari lahir bulan April hingga Jun kelolaan Jawatankuasa Guru Penyayang. Majlis tersebut disambut dengan sederhana namun meriah dengan pelbagai jenis juadah yang disediakan oleh para ibu bapa murid. Majlis tersebut dirasmikan dengan upacara gulung bidai, satu upacara masyarakat Iban menandakan tamatnya perayaan Gawai Dayak. Gimik diteruskan dengan letupan mercun oleh Guru Besar dan para jemputan. Dalam majlis itu juga, para guru kelas mengagihkan duit raya kepada murid-murid.

       Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang sudi hadir dan menyediakan juadah yang bukan sahaja nnampak menarik, malah sedap untuk dikongsi bersama. Semoga majlis sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih meriah pada tahun-tahun mendatang.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR 2018


Pada 26 sehingga 30 Julai 2018, SK Tebaang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bersama murid-murid Tahun 6. Objektif lawatan sambil belajar ini dilaksanakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia luar khususnya di ibu negara serta meningkatkan motivasi murid-murid untuk terus mengejar cita-cita ke menara gading. Rombongan pada tahun ini adalah seramai 36 orang, iaitu 28 orang murid dan 8 orang guru pengiring.
       
       Antara lokasi yang dilawati pada kali ini adalah Putrajaya, Menara KL, Menara Berkembar Petronas, Aquaria, Petrosains, Pusat Sains Negara, Planeterium Negara serta Zoo Negara. Alhamdulillah, walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran, namun akhirnya lawatan ini berjaya dilaksanakan.
      
     Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak atas kelulusan melaksanakan program ini. 
       
        Terima kasih juga diucapkan kepada Presscott Hotel yang menyediakan tempat penginapan yang selesa, Syarikat Warisan Ayah yang menyediakan bas yang selesa dan pemandu yang ramah, serta semua pihak yang banyak membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program ini diteruskan pada masa akan datang, inshaa Allah.




SEKALUNG TAHNIAH!


Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Azwa binti Abd Rahman kerana telah dinobatkan sebagai JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA bersempena MTQ Peringkat Daerah di SK Semop hari ini. Terima kasih diucapkan juga kepada Ustazah Hajjah Nur Hidayah Aqidah yang telah membimbing adik Nurul Azwa sehingga berjaya. Perjuangan adik Nurul Azwa diteruskan dengan mewakili daerah Daro ke MTQ Peringkat Bahagian pada awal April ini kelak. Warga SK Tebaang mengucapkan selamat maju jaya dan semoga kemenangan berpihak kepada kita.