26 April 2017

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017

       Panitia Pendidikan Agama Islam telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat Siri 1 /2017 telah berjaya dianjurkan pada 25 April 2017 yang mana ia bermula pada 2:30 petang hingga 5:00 petang. Penyertaan di kalangan pelajar adalah terdiri daripada murid tahap 1 dan dibimbing oleh guru pendidikan islam dan dibantu oleh guru kelas kafa SK Tebaang. 
      Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan. Alhamdullillah penyertaan dan sambutan daripada pelajar amat menggalakkan. Diharapkan kem ini dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar.

25 April 2017

TAHNIAH CIKGU SERUDIN BIN MAHIDEN

       Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Serudin Bin Mahiden di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia oleh Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Amar  Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg. Majlis penyampaian pingat berkenaan telah disempurnakan pada 20 April 2017 di Hotel Kingwood Mukah. Bagi semua warga SK Tebaang ingin merakamkan ucapan tahniah kepada beliau, semoga beliau akan terus dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk meneruskan usaha bakti beliau dalam bidang pendidikan khasnya.

KARNIVAL BAHASA SEKOLAH RENDAH DAERAH DARO 2017

       Karnival Bahasa peringkat sekolah rendah daerah Daro telah pun berlangsung 19 April 2017 yang mana wakil setiap zon dalam daerah ini telah berentap di SK Hijrah Badong dan SK Camporan. Karnival Bahasa Melayu telah berlangsung di SK Hijrah Badong manakala untuk Bahasa Inggeris telah dijalankan di SK Camporan. Terdapat 2 orang wakil dari SK Tebaang yang turut sama mewakili Zon Tanjung Alan ke karnival ini. Nurul Azwa Binti Abdul Rahman terpilih dalam acara 'Public Speaking' untuk Bahasa Inggeris. Seorang lagi peserta dari sekolah ini yang turut terpilih ke pertandingan ini adalah Nor Zalinawati Binti Abdul Najid dalam pertandingan Bercerita Tahap 1 untuk Bahasa Melayu.

20 April 2017

PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID


       Program ini adalah anjuran pihak Klinik Kesihatan Daerah Daro yang telah dijalankan pada 11 April 2017 yang lalu. Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah program imunisasi bagi tahun 1 dan pemeriksaan fizikal bagi pelajar tahun 6. Pelbagai gelagat dapat dirakamkan semasa pemeriksaan dijalankan terutama melibatkan tahun 1 yang mana beberapa orang pelajar takut untuk diimunisasikan.

KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2017

       Kem Membaca 1Malaysia (KM1M)  yang telah dijalan di seluruh negara iaitu bermula pada 04 - 06 April 2017. SK Tebaang turut tidak ketinggalan dalam melaksanakan program ini. Pihak sekolah telah berjaya menganjurkan aktiviti ini pada 06 April 2017 yang lepas. Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanamkan sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Tema untuk program ini adalah Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia.

AKTVITI PANITIA MATEMATIK 2017

       Panitia Matematik SK Tebaang telah berjaya menganjurkan aktiviti kuiz matematik pada 07 April 2017 di Makmal Komputer SK Tebaang. Berikut adalah paparan semasa perlaksanaan aktiviti berkenaan berlangsung yang mendapat sambutan ramai daripada pelajar-pelajar Tahap 2 di sekolah ini.

BENGKEL MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR

       Pelajar Tahun 6 berpeluang berguru dengan Cikgu Abdul Aziz Bin Abdul Wahab dari SK Matu Baru, Kuching  khususnya dalam menjawab soalan UPSR Kertas Sains. Peluang ini hadir dalam satu bengkel mata pelajaran Sains anjuran Unit Kurikulum SK Tebaang pada 06 April yang lalu. Bengkel berkenaan telah berlangsung di Makmal Komputer bermula dari jam 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang.Bengel ini juga turut disertai 6 orang pelajar dari SK Pangtray.

ANUGERAH SIASAH MURID TERBAIK BULAN MAC 2017

       Anugerah Siasah Murid terbaik telah disampaikan dalam perhimpunan mingguan pada 03 April 2017 yang lalu. Berikut adalah keputusan penerima anugerah berkenaan. Bagi Anugerah Kelas Terbaik diungguli kelas Tahun 4 Mawar. Penerima Anugerah Siasah Murid Lelaki Terbaik telah diberikan kepada Mohammad Hariq Ikhwan manakala bagi kategori perempuan telah disampaikan kepada Nur Zalinawati dari kelas 3 Dahlia. Kesemua pemenang telah menerima sijil dan telah disampaikan oleh Guru Besar SK Tebaang Encik Hassan Bin Norden.