26 August 2014

MOTIVASI UPSR BAHASA INGGERIS 2014

Alhamdulillah..Pada 25.08.2014 pihak sekolah telah selesai sudah melaksanakan program motivasi upsr bahasa inggeris.Penceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Guru Besar Sk Ulu Daro, Pn Norida.Pelbagai tips dan kaedah yang telah diberi.Ribuan Terima Kasih diucapkan diatas segala kerjasama yang dihulurkan oleh semua Staff SK Tebaang Daro.Semoga UPSR 2014 mencapai kejayaan.Aminn..

















































24 August 2014

TAFAKUR MENGENANG MH17 SK TEBAANG

Tanggal 17 julai 2014, terjadinya tragedi yang menyayat hati.Semua rakyat malaysia sama-sama merasai keperitan ini. Terhempasnya pesawat MH17 kepunyaan Mas itu amat menyentuh hati kita semua.  Seluruh rakyat Malaysia dengan penuh rasa prihatin dan simpati telah melaksanakan Istiadat menyambut kepulangan Jenazah dan bertafakur di Komplek Bunga Raya KLIA.  Tak terlepas juga,Tepat Jam 10.54 am 22 Ogos 2014 warga SK Tebaang turut bertafakur dengan mengenang peristiwa tersebut. Bagi yang beragama Islam, kami membaca Al-Fatihah dan bagi yang bukan beragama Islam membaca doa mengikut Agama masing-masing.  Salam takziah kepada keluarga mangsa MH17.