29 October 2016

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 / 2016

       Baru-baru ini kerjasama antara Panitia Pendidikan Islam dan guru KAFA telah dengan jayanya menganjurkan Kem Bestari Solat Siri 2 bagi tahun ini. Kem Bestari Solat ini dijalankan di Makmal Komputer SKTD bermula jam 2:00 petang dan berlarutan sehingga jam 5.30 petang yang sama. Penyertaan adalah dari kalangan pelajar tahap 1 dan 2. Adalah diharapkan dengan adanya kem seperti ini, pemahaman dan kualiti solat dapat dimantapkan dan seterusnya menjadi jati diri untuk para pelajar di masa hadapan.




SUKAN MINI SKTD 2016

       Unit Kokuriukulum telah berjaya melaksanakan Mini Sukan SKTD 2016 pada 14/10/2016 yang lalu. Sebanyak 5 jenis sukan dipertandingkan iaitu sukan bola sepak, bola jaring, lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi dan beberapa acata balapan. Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk memilih wakil untuk SKTD ke pertandingan olahraga dan permainan ke peringkat Zon Tanjung Alan.



15 October 2016

KEM CEMERLANG JAWI 2016

       Tahniah diucapkan kepada jawatan kuasa penganjur kem cemerlang jawi yang diterajui oleh Panitia Pendidikan Islam SK Tebaang dengan kerjasama guru-guru KAFA pada 15 Oktober 2016. Objektif utama kem ini diadakan adalah untuk mengasah kemahiran para pelajar dalam membaca dan menulis dengan lancar dalam tulisan jawi.
          Pelajar-pelajar yang bertuah yang menyertai kem ini adalah terdiri daripada pelajar tahun 2 hingga tahun 5 dengan dibimbing oleh guru panitia pendidikan islam dan juga guru-guru KAFA. Turut sama membantu sebagai tenaga pengajar adalah guru-guru pendidikan islam dari SK Camporan, Daro.




14 October 2016

KEM KEPIMPINAN PEGAWAS UNTUK SESI 2017

       Pada 08 Oktober 2016, bertempat di Kem Belia Kemuyang, Sibu, Unit Hal Ehwal Pelajar SK Tebaang telah berjaya menganjurkan program yang berfokus untuk memilih barisan para pengawas bagi sesi 2017 yang akan datang. Seramai 32 ornag pelajar telah dipilih untuk mengikuti kem berkenaan yang adakan selama 2 hari 2 malam yang mana turut dibantu oleh para jurulatih dari Kem Belia Kemuyang.
       Sepanjang berada di kem ini para bakal pengawas ini telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti ini adalah menjurus kepada memupuk bakat kepimpinan bagi memberi pendedahan kepada mereka agar merasa yakin semasa menjalankan tugas.






GOTONG-ROYONG & SUMBANGAN SYARIKAT GIANT SUPERMARKET SIBU

       Pada 08 Oktober 2016 yang lalu, pihak sekolah telah menerima sumbangan daripada pihak Syarikat Giant Supermarket Sibu yang berupa barangan seperti cat dan peralatan mengecat. Acara ini adalah anjuran pihak Giant Supermarket dalam "Giant Love My School Program Bring A Smile to The Future Leaders".  Serentak dengan itu pihak sekolah telah mengadakan gotong-royong bersama dengan pihak Giant dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Antara tugasan yang berjaya dilaksanakan dalam gotong-royong berkenaan adalah mengecat atap, stor sukan, blok kelas dan juga tiang susur gajah. Kepada pihak Giant Supermarket pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.


HARI SUKAN NEGARA SKTD 2016

       Sambutan Hari Sukan Negara peringkat SK Tebaang telah diadakan serentak di seluruh negara pada 08 Oktober 2016 yang lalu. Pihak sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti yang bertujuan untuk memupuk kesedaran bersukan antaranya senaman aerobik dan juga larian di sekitar Kampung Tebaang. Aktiviti bermula tepat jam 0800 pagi dimulai dengan ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Serudin Bin Mahiden.




PENGISIAN PERISYTIHARAN HARTA MELALUI HRMIS

       Lama betul dah blog ini tidak dikemas kini lantaran kesibukan dengan pelbagai aktiviti yang padat berlaku sebelum berakhirnya semester 2 bagi tahun 2016. Pihak pentadbir SK Tebaang telah mendapat bantuan daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Daro untuk membantu para staf SK Tebaang dalam taklimat pengisian perisytiharan harta melalui aplikasi hrmis. Program ini telah berlangsung pada 28 September yang lalu yang mana telah dihadiri oleh hampir kesemua staf SK Tebaang. Fasilitator jemputan adalah Encik Abu Samah dan Puan Ara dari PPD Daro