15 May 2017

BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPSR MATEMATIK


       Pelajar Tahun 6 sekali lagi berpeluang untuk mengikuti bengkel menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains. Bengkel ini telah diadakan pada oleh 12 Mei 2017 dan pada kali ini pihak Unit Kurikulum  SK Tebang telah menjemput Cikgu Rahmad Bin Ali dari SK Nanga Semah sebagai fasilitator. Bengkel ini dianjurkan bagi mempersiapkan diri untuk pelajar Tahun 6 menduduki UPSR 2017 pada bulan September ini. Diharapkan para pelajar akan lebih yakin dan biasa dalam menjawab soalan UPSR nanti.

10 May 2017

BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

  

       Bertarikh 09 Mei 2017 yang lalu, pihak Unit Kurikulum dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu SK Tebaang telah berjaya menganjurkan bengkel menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu kertas pemahaman, Penceramah jemputan khas adalah Cikgu Zulkurnain Bin Abdul Moid tidak asing lagi bagi daerah di Daro. Beliau juga merupakan guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga merupakan Guru Besar SK Bayang. 
       Perkongsian ilmu ini juga diharapkan dapat memantapkan pengetahuan bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini nanti. Banyak ilmu telah dicurahkan oleh Cikgu Zulkurnain bagi memberi lebih keyakinan kepada para pelajar semasa menjawab soala-soalan dalam peperiksaan berkenaan yang akan berlangsung pada bulan September ini. Terima kasih kepada Cikgu Zulkurnain kerana sudi datang dalam membantu pihak kami dalam meningkatkan prestasi UPSR bagi sekolah ini.