13 September 2016

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN 2016

      Majlis penutupan program bulan kemerdekaan 2016 telah berjaya dilaksanakan pada 9 September 2016 yang lalu sebelum cuti sekolah pertengahan semester 2 bermula. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Tebaang, Cikgu Abdul Khalim Bin Mansor.
     Walaupun sibuk dengan UPSR, guru di sini masih komitmen untuk mengadakan akitiviti pelbagai aktiviti bersempena bulan kemerdekaan seperti kempen mengibar jalur gemilang, selfie kemerdekaan, persembahan koir dan sebagainya bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan demi menyuburkan semangat patriotik di kalangan warga SK Tebaang. 



5 September 2016

UPSR 2016 BERMULA

       Pada hari ini 05 September 2016, maka bermulalah perjuangan semua pelajar murid Tahun 6 Matahari seramai 25 orang bersama-sama 452,721 orang calon UPSR 2016 seluruh Malaysia. Ujian ini berlangsung selama 4 hari sehingga 8 September 2016 untuk Sekolah Kebangsaan. Walau bagaimana ujian tersebut telah pun bermula pada 2 September 2016 yang lalu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina & Tamil. UPSR 2016 menampil format baharu untuk kesemua mata pelajaran dan untuk subjek Bahasa Inggeris telah dibahagikan kepada 2 kertas.
        Kehadiran ibu bapa calon UPSR sejak awal pagi, turut sama memberikan sokongan moral kepada anak masing-masing. Sebelum para pelajar masuk ke bilik peperiksaan, bacaan doa turut dipohonkan agar mereka akan dapat menjawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. Seterusnya para para calon bersalaman dengan para guru dan ibu bapa sebagai tanda memohon restu. Berikut adalah beberapa paparan sebelum para calon memasuki bilik peperiksaan pada pagi tadi.