21 March 2014

Taman Kura-kura SK Tebaang Daro..

Usaha mewujudkan kawasan persekitaran yang ceria di sekolah oleh Cg. Mustapha Hasim. Taman kura-kura merupakan satu projek di bawah PK Ko-kurikulum SK Tebaang Daro. Sekitar aktiviti di Taman Kura-kura SK Tebaang Daro..













19 March 2014

MTQ Peringkat Daerah Daro 2014..

Majlis Tadarrus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah Rendah peringkat Daerah Daro telah diadakan pada 18/03/2014 bertempat di SK Abang Gesa, Belawai. SK Tebaang Daro telah mewakili Zon Tg. Alan bagi pertandingan nasyid dan acara bercerita kisah Nabi kategori Lelaki dan Perempuan.

Peserta SKTD telah mendapat Naib Johan bagi pertandingan nasyid, tempat ketiga bagi acara bercerita kisah Nabi kategori lelaki dan saguhati bagi acara bercerita kisah Nabi kategori perempuan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta SKTD yang telah berusaha bersungguh-sungguh pada kali ini biarpun nasib tidak menyebelahi kita. InsyaAllah kita cuba lagi pada masa yang akan datang. Tahniah!

























17 March 2014

Lirik Lagu Nasyid 2 SKTD MTQ 2014..


Dalam kekalutan suasana
Di kota Mekah zaman jahiliah                          
Manusia hidup tanpa arah                      
Jauh dari rahmat dan hidayah

Pergi berlalu mengasing diri
Dari kegelapan dan kehinaan
Insan terpuji mengabdi diri
Mencari erti dan ketenangan

Di tempat tinggi gelap gelita
Hanya bertemankan unggun cahaya
Di pergunungan, di Gua Hira’
Duduk ber‘uzlah dan beribadah

Suatu malam sunyi dan sepi
Datang malaikat memeluk Nabi
Bermulalah sinaran hidayah Allah
Wahyu pertama cetus akidah

Diangkat Muhammad menjadi rasul
Sebagai rahmat untuk semua
Kemanisan iman kian terasa
wahyu al-Quran mendidik  jiwa

Begitulah kisah wahyu pertama
Tercatat dalam sirah junjungan
Menjadi panduan kepada kita
Menuju redha dan kejayaan.            

16 March 2014

Lirik Lagu Nasyid 1 SKTD MTQ 2014..



Al-Quran adalah kitab suci
Penjana transformasi hakiki
Ummah wasatiyyah menjadi misi
Dakwah rasulullah ke jalan ilahi

Al-Quran adalah kitab suci
Penjana transformasi hakiki
Ummah wasatiyyah menjadi misi
Dakwah rasulullah ke jalan ilahi

Mukjizat al-Quran tiada tandingan
Indah kalimahnya bukti kebenaran
Menolak segala bentuk kebatilan
Mengangkat darjat insan beriman

Bila al-Quran jadi hiburan
Jiwakan tenang hilang keresahan
Teras keamanan dan perpaduan
Menjadi lambang akhlak terbilang

Al-Quran memimpin hidup manusia
Ke arah kebenaran dan keredhaan
Membentuk tamadun ummah berwawasan
Islam gemilang sepanjang zaman

Bila al-Quran jadi hiburan
Jiwakan tenang hilang keresahan
Teras keamanan dan perpaduan
Menjadi lambang akhlak terbilang

Al-Quran memimpin hidup manusia
Ke arah kebenaran dan keredhaan
Membentuk tamadun ummah berwawasan
Islam gemilang sepanjang zaman.

14 March 2014

MTQ Peringkat Zon Tg. Alan 2014..

Pada 13/03/2014 telah berlangsungnya Majlis Tadarrus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah Rendah peringkat Zon Tg. Alan bagi tahun 2014 bertempat di SK Pangtray Daro. Alhamdulillah, SK Tebaang Daro telah berjaya menjadi johan bagi acara nasyid sekaligus mempertahankan kejuaraan yang dicapai pada tahun lepas. SKTD juga turut menjadi johan bagi acara bercerita kisah Nabi kategori Lelaki dan Perempuan serta tempat ketiga bagi acara hafazan kategori perempuan. Tahniah diucapkan kepada semua wakil SKTD yang terlibat dalam MTQ 2014 peringkat Zon. Tahniah dan syabas!







7 March 2014

Jejak Kasih Ustaz Mohd Azam Azaman ke SK Tebaang Daro..

Warga SK Tebaang Daro menerima kejutan dengan kehadiran Ustaz Mohd Azam Bin Azaman ke sekolah pagi tadi. Ustaz Azam merupakan antara bekas tenaga pengajar SKTD yang telah berpindah kembali ke Semenanjung Malaysia setelah 8 tahun berkhidmat di SK Tebaang Daro.

Suasana menjadi hiba apabila ada dalam kalangan murid yang mengalirkan airmata disebabkan rasa terharu dapat berjumpa lagi dengan Ustaz Azam yang sangat dirindui mereka terutamanya bagi murid-murid anggota nasyid sekolah yang pernah berada di bawah kendalian beliau dan murid-murid yang akrab dengan beliau.

Antara potret yang sempat dirakam ketika sesi jejak kasih pada pagi tadi..




















































Terima kasih Ustaz Azam! Hingga berjumpa lagi dari kami warga SK Tebaang Daro..