28 November 2016

ADIOS l BYE l WADAEAAN l SELAMAT JALAN 2016

       Untuk catatan terakhir bagi tahun ini, pihak Admin Blog SK Tebaang ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang banyak membantu dalam kelangsungan blog ini sama ada dari segi sumbangan buah fikiran, komen-komen membina, foto-foto dan sebagainya.Walau pun tiada KPI khusus yang ditetapkan untuk pihak kami, namun apa yang paling penting adalah tujuan utama pihak kami di Unit Dokumentasi SK Tebaang 2016 ini adalah semata-mata untuk menyebar luaskan info-info yang berkaitan dengan sekolah ini untuk tatapan semua. Semoga apa yang dipaparkan sepanjang tahun ini akan menjadi lipatan sejarah yang penting suatu hari kelak.
      Pada kesempatan ini juga,pihak kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar Tahun 6 sesi 2016 yang akan meninggalkan bangku sekolah rendah sebaik sahaja memulakan sesi persekolahan 2017 yang akan datang. Walaupun di bumi mana anak-anak Tahun 6 / 2016 semua berada, doa yang terbaik buat semua akan sentiasa mengiringi anda. Terus berusaha menjulang kejayaan dan kekalkan semangat perjuangan anda seperti anda tunjukkan dalam peperiksaan UPSR yang mana sebelum ini tiada siapa meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak semua tetapi anda berjaya membuktikan dengan tekad dan gigih berusaha pasti akan hadir cahaya kejayaan. Kami bangga dengan anda semua.
       Kepada Ustaz Muhammad Afif, Cikgu Muhamad Hakam, Cikgu Iskunadi, Cikgu Pia, Cikgu Abdul Khalim dan Cikgu Nik Norhafiza, terima kasih banyak atas sumbangan yang kalian berikan untuk sekolah ini. Semoga Allah S.W.T membalas kebaikan yang berlipat ganda kepada kalian semua. Doa kami, semoga sukses di tempat baru dan tidak akan melupakan bumi bertuah ini dalam kenangan kalian berdua. Kami berasa bangga dan merupakan suatu penghormatan yang amat tinggi kerana  berpeluang bekerjasma bersama-sama dengan kalian semua dan semoga ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan selama-lamanya.

 Guru & Staf SKTD 2016

 Warga SKTD @ APC 2016

 Guru SKTD 2016 Berpindah

Pelajar Tahun 6 Sesi 2016

JAMUAN PERPISAHAN 2016

       Sebagai acara penutup bagi semua program yang telah ditakwimkan bagi tahun ini, pihak pengurusan SK Tebaang telah menganjurkan satu jamuan bagi memberi penghargaan kepada warga SK Tebaang yang telah bertungkus-lumus sepanjang tahun menjayakan pelbagai acara dan majlis yang dirancang sepanjang tahun. Jamuan berkenaan telah diadakan di Hotel Tanahmas, Sibu.
         Selain itu, tujuan diadakan majlis perpisahan tersebut diadakan untuk meraikan guru-guru yang tidak akan bersama SK Tebaang pada tahun yang akan datang. Guru-guru itu adalah Guru Besar SK Tebaang, Encik Abdul Khalim dan Guru Sains, Puan Nik Norhafiza Bt. Nik Abdullah. 



JAMUAN PERPISAHAN 2016

       Sebagai acara penutup bagi semua program yang telah ditakwimkan bagi tahun ini, pihak pengurusan SK Tebaang telah menganjurkan satu jamuan bagi memberi penghargaan kepada warga SK Tebaang yang telah bertungkus-lumus sepanjang tahun menjayakan pelbagai acara dan majlis yang dirancang sepanjang tahun. Jamuan berkenaan telah diadakan di Hotel Tanahmas, Sibu.
          Selain itu, tujuan diadakan majlis perpisahan tersebut diadakan untuk meraikan guru-guru yang tidak akan bersama SK Tebaang pada tahun yang akan datang. Guru-guru itu adalah Guru Besar SK Tebaang, Encik Abdul Khalim dan Guru Sains, Puan Nik Norhafiza Bt. Nik Abdullah. 



MAJLIS ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG PELAJAR 2016

       Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang Pelajar Tahun 2016 telah dengan jayanya diadakan dengan penuh meriah pada 23 November 2016 yang lalu di Dewan Terbuka Sri Tebaang. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Pejabat Pendidikan Daerah Daro iaitu Encik Rahim Rian tepat jam 8:30 pagi. 
       Majlis ini juga menggabungkan beberapa acara antaranya majlis perpisahan untuk guru yang berpindah. Antara guru yang diraikan dalam majlis berkenaan ialah Cikgu Abdul Khalim B. Mansor dan Puan Nik Norhafiza Bt. Nik Abdullah. 
       Selain itu Majlis Sambutan Hari Lahir warga SK Tebaang juga turut diadakan. Sambutan Majlis Hari Lahir ini adalah untuk meraikan warga SK Tebaang yang lahir bagi bulan Oktober hingga Disember tahun ini, Berikut dipaparkan gambar yang sempat dirakamkan pada majlis tersebut bagi tatapan dan kenangan anda semua.




18 November 2016

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2016

       Debaran kepada para pelajar tahun 6, pada hari ini terlerai apabila keputusan UPSR 2016 telah diumumkan. Bagi pelajar dari sekolah ini seramai 25 orang pelajar telah selesai menduduki peperiksaan ini pada 5/09/2016 - 8/09/2016. Pada tahun ini adalah merupakan kohort pertama yang menduduki UPSR format baharu. Majlis pada pagi ini juga turut disertai para ibu bapa yang kelihatan dan teruja ingin mengetahui keputusan anak-anak masing-masing
       Daripada analisis singkat dilakukan seramai 20 orang pelajar telah berjaya lulus sekurang-kurangnya mendapat D dalam semua mata pelajaran yang diambil. Bagi Gred Purata Sekolah pula SK Tebaang telah mendapat mata 3.17 dengan 80 peratus pelajarnya telah lulus. Tahniah diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama dan usaha keras yang telah dilaksanakan semenjak awal tahun ini lagi.



HAND-ON EXPLORER 2016

       Pihak Panitia Sains dan Bahasa Inggeris telah bergabung untuk menganjurkan aktiviti yang dikenali dengan Hand-On Explorer 2016. Program ini telah dilangsungkan pada 16/11/2016 yang lalu. Aktivitiyang diolah  ini banyak memberi manfaat kepada pelajar kerana melalui aktiviti yang dijalankan, para pelajar boleh mengaplikasi beberapa eksperimen sains yang dipelajari selain dapat mengukuhkan lagi konsep sains. Apa yang menarik dalam aktiviti tersebut juga menyelitkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam menyelesaikan memlalui arahan dan aktiviti yang dijalankan. 


 

9 November 2016

TAHNIAH CIKGU AZWAN

       Daripada Warga SK Tebaang, kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Mohamad Azwan Bin Azahari kerana telah berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia (PSIMP) di Konvokesyen Institut Perguruan Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ketujuh 2016 yang telah diadakan pada 7 - 12 November baru-baru ini di Dewan D, Malaysia Agro Expositon Park Serdang (MAEPS), Selangor.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016

        Unit Kokurikulum menutup aktiviti takwim unitnya bagi tahun 2016 dengan menganjurkan perkhemahan unit beruniform bagi pelajar tahun 4 & 5. Aktiviti berkenaan telah diadakan selama 2 hari iaitu bermula pada 22 Oktober 2016 hingga 23 Oktober 2016. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya aktiviti memasak, pertolongan cemas, persembahan kumpulan dan lain-lain lagi. Kesempatan ini juga pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Cawangan Daro kerana turut sama menjayakan beberapa aktiviti bersama dengan pihak sekolah.