Program ini berjaya dianjurkan pada 19/02/2017 oleh unit kurikulum SK Tebaang di bawah kendalian Penolong Kanan 1, Cikgu Serudin Bin Mahiden. Dalam program ini para pelajar dikehendaki menetapkan sasaran yang ingin dicapai dalam peperiksaan UPSR nanti. Selain itu, para calon upsr juga berikrar untuk berusaha mencapai sasaran berkenaan dengan disaksikan oleh guru besar dan para ibu bapa masing-masing.
20 February 2017
19 February 2017
PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA & PELAJAR TAHUN 6
18 February 2017
GOTONG-ROYONG MEMINDAHKAN KERUSI & MEJA KE SK TEBAANG
Terima kasih diucapkan kepada pihak SK Kuala Matu yang sudi untuk menyumbangkan 51 buah kerusi dan meja kepada pihak SK Tebaang. Proses memindahkan perabot ini bermula pada pukul 9:00 pagi 18/02/2017 dan berakhir pada jam 1:00 petang. Masalah kekurangan meja dan kerusi ini berlaku apabila berlaku peningkatan jumlah pelajar di Tahun 1 Sakura sehingga menyebabkan jumlah kerusi dan meja yang ada tidak mencukupi. Untuk mengatasi masalah ini pihak Pejabat Pendidikan Daerah Daro telah meminta jasa baik SK Kuala Matu untuk memindahkankan peralatan berkenaan berikutan adanya lebihan meja dan kerusi di SK Kuala Matu.
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEGAWAS SEKOLAH SESI 2017
Pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan ketua serta penolong ketua kelas telah diraikan sempena majlis watikah pelantikan pengawas sekolah yang telah berlangsung pada 13/02/2017 yang lalu. Majlis berkenaan telah dirasmikan sendiri oleh Guru Besar SK Tebaang. Hadir sama bagi sambutan pada majlis itu ialah Ketua Kaum Kampung Tebaang,Yang Dipertua PIBG, pegawai dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Daro. Pada majlis tersebut semua pengawas sekolah dan ketua serta penolong kanan kelas bagi sesi 2017 telah menerima watikah pelantikan masing-masing. Harapan semua guru agar pengawas sekolah ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi
10 February 2017
PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017
Bertarikh 06 Februari 2017 yang lalu, pihak SK Tebaang berjaya menganjurkan Program Jom Ke Sekolah serentak dengan semua sekolah di peringkat nasional. Antara tujuan program berkenaan adalah untuk menangani isu ketidakhadiran murid-murid ke sekolah bagi mencapai KPI 95% Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini juga melibatkan pegawai polis perhubungan sekolah bagi memastikan suasana persekitaran sekolah yang kondusif bebas daripada unsur jenayah seperti buli dan pelanggaran melibatkan salah laku disiplin berat.
5 February 2017
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2017
Majlis penutupan program transisi telah diadakan pada 24 Januari 2017 yang lalu. Pelbagai bentuk hadiah telah disediakan bagi diagihkan kepada para pelajar tahun 1 sepanjang tempoh transisi yang berlangsung. Hadiah yang disampaikan bertujuan untuk memberi galakan dan motivasi kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar, Cikgu Hassan Norden dan Penolong Kanan Pentadbiran Cikgu Serudin Mahiden.
MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA & GURU SIRI 1 2017
Mesyuarat PIBG siri 1 ini telah dijalankan pada 17 Januari 2017 bertempat di lobi Makmal Komputer SK Tebaang. Tujuan pertemuan ini dijalankan untuk membincangkan tentang hala tuju persatuan bagi tahun ini di samping untuk memperkenalkan pentadbir baharu SK Tebaang kepada para ibu bapa pelajar. Beberapa keputusan telah dipersetujui dalam perbincangan berkenaan antaranya kutipan yuran dikenakan dan juga gotong-royong untuk memperbaiki kelas yang uzur.
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2017
Program ini telah bermula pada 03 Januari 2017 hingga 20 Januari 2017 yang lalu. Program dan aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid menghadapi
perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada
pendidikan lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah. Dalam masa yang sama
program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun 1 yang
datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza
akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 pada tahap
pencapaian yang hampir sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)