18 November 2016

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2016

       Debaran kepada para pelajar tahun 6, pada hari ini terlerai apabila keputusan UPSR 2016 telah diumumkan. Bagi pelajar dari sekolah ini seramai 25 orang pelajar telah selesai menduduki peperiksaan ini pada 5/09/2016 - 8/09/2016. Pada tahun ini adalah merupakan kohort pertama yang menduduki UPSR format baharu. Majlis pada pagi ini juga turut disertai para ibu bapa yang kelihatan dan teruja ingin mengetahui keputusan anak-anak masing-masing
       Daripada analisis singkat dilakukan seramai 20 orang pelajar telah berjaya lulus sekurang-kurangnya mendapat D dalam semua mata pelajaran yang diambil. Bagi Gred Purata Sekolah pula SK Tebaang telah mendapat mata 3.17 dengan 80 peratus pelajarnya telah lulus. Tahniah diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama dan usaha keras yang telah dilaksanakan semenjak awal tahun ini lagi.



HAND-ON EXPLORER 2016

       Pihak Panitia Sains dan Bahasa Inggeris telah bergabung untuk menganjurkan aktiviti yang dikenali dengan Hand-On Explorer 2016. Program ini telah dilangsungkan pada 16/11/2016 yang lalu. Aktivitiyang diolah  ini banyak memberi manfaat kepada pelajar kerana melalui aktiviti yang dijalankan, para pelajar boleh mengaplikasi beberapa eksperimen sains yang dipelajari selain dapat mengukuhkan lagi konsep sains. Apa yang menarik dalam aktiviti tersebut juga menyelitkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam menyelesaikan memlalui arahan dan aktiviti yang dijalankan. 


 

9 November 2016

TAHNIAH CIKGU AZWAN

       Daripada Warga SK Tebaang, kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Mohamad Azwan Bin Azahari kerana telah berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia (PSIMP) di Konvokesyen Institut Perguruan Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ketujuh 2016 yang telah diadakan pada 7 - 12 November baru-baru ini di Dewan D, Malaysia Agro Expositon Park Serdang (MAEPS), Selangor.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016

        Unit Kokurikulum menutup aktiviti takwim unitnya bagi tahun 2016 dengan menganjurkan perkhemahan unit beruniform bagi pelajar tahun 4 & 5. Aktiviti berkenaan telah diadakan selama 2 hari iaitu bermula pada 22 Oktober 2016 hingga 23 Oktober 2016. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya aktiviti memasak, pertolongan cemas, persembahan kumpulan dan lain-lain lagi. Kesempatan ini juga pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Cawangan Daro kerana turut sama menjayakan beberapa aktiviti bersama dengan pihak sekolah.