Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) yang telah dijalan di seluruh negara iaitu bermula pada 04 - 06 April 2017. SK Tebaang turut tidak ketinggalan dalam melaksanakan program ini. Pihak sekolah telah berjaya menganjurkan aktiviti ini pada 06 April 2017 yang lepas. Program ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanamkan sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Tema untuk program ini adalah Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia.
20 April 2017
AKTVITI PANITIA MATEMATIK 2017
Panitia Matematik SK Tebaang telah berjaya menganjurkan aktiviti kuiz matematik pada 07 April 2017 di Makmal Komputer SK Tebaang. Berikut adalah paparan semasa perlaksanaan aktiviti berkenaan berlangsung yang mendapat sambutan ramai daripada pelajar-pelajar Tahap 2 di sekolah ini.
BENGKEL MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR
Pelajar Tahun 6 berpeluang berguru dengan Cikgu Abdul Aziz Bin Abdul Wahab dari SK Matu Baru, Kuching khususnya dalam menjawab soalan UPSR Kertas Sains. Peluang ini hadir dalam satu bengkel mata pelajaran Sains anjuran Unit Kurikulum SK Tebaang pada 06 April yang lalu. Bengkel berkenaan telah berlangsung di Makmal Komputer bermula dari jam 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang.Bengel ini juga turut disertai 6 orang pelajar dari SK Pangtray.
ANUGERAH SIASAH MURID TERBAIK BULAN MAC 2017
Anugerah Siasah Murid terbaik telah disampaikan dalam perhimpunan mingguan pada 03 April 2017 yang lalu. Berikut adalah keputusan penerima anugerah berkenaan. Bagi Anugerah Kelas Terbaik diungguli kelas Tahun 4 Mawar. Penerima Anugerah Siasah Murid Lelaki Terbaik telah diberikan kepada Mohammad Hariq Ikhwan manakala bagi kategori perempuan telah disampaikan kepada Nur Zalinawati dari kelas 3 Dahlia. Kesemua pemenang telah menerima sijil dan telah disampaikan oleh Guru Besar SK Tebaang Encik Hassan Bin Norden.
Subscribe to:
Posts (Atom)




