26 April 2017

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017

       Panitia Pendidikan Agama Islam telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat Siri 1 /2017 telah berjaya dianjurkan pada 25 April 2017 yang mana ia bermula pada 2:30 petang hingga 5:00 petang. Penyertaan di kalangan pelajar adalah terdiri daripada murid tahap 1 dan dibimbing oleh guru pendidikan islam dan dibantu oleh guru kelas kafa SK Tebaang. 
      Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan. Alhamdullillah penyertaan dan sambutan daripada pelajar amat menggalakkan. Diharapkan kem ini dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar.

25 April 2017

TAHNIAH CIKGU SERUDIN BIN MAHIDEN

       Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Serudin Bin Mahiden di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia oleh Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Amar  Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg. Majlis penyampaian pingat berkenaan telah disempurnakan pada 20 April 2017 di Hotel Kingwood Mukah. Bagi semua warga SK Tebaang ingin merakamkan ucapan tahniah kepada beliau, semoga beliau akan terus dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk meneruskan usaha bakti beliau dalam bidang pendidikan khasnya.

KARNIVAL BAHASA SEKOLAH RENDAH DAERAH DARO 2017

       Karnival Bahasa peringkat sekolah rendah daerah Daro telah pun berlangsung 19 April 2017 yang mana wakil setiap zon dalam daerah ini telah berentap di SK Hijrah Badong dan SK Camporan. Karnival Bahasa Melayu telah berlangsung di SK Hijrah Badong manakala untuk Bahasa Inggeris telah dijalankan di SK Camporan. Terdapat 2 orang wakil dari SK Tebaang yang turut sama mewakili Zon Tanjung Alan ke karnival ini. Nurul Azwa Binti Abdul Rahman terpilih dalam acara 'Public Speaking' untuk Bahasa Inggeris. Seorang lagi peserta dari sekolah ini yang turut terpilih ke pertandingan ini adalah Nor Zalinawati Binti Abdul Najid dalam pertandingan Bercerita Tahap 1 untuk Bahasa Melayu.

20 April 2017

PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID


       Program ini adalah anjuran pihak Klinik Kesihatan Daerah Daro yang telah dijalankan pada 11 April 2017 yang lalu. Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah program imunisasi bagi tahun 1 dan pemeriksaan fizikal bagi pelajar tahun 6. Pelbagai gelagat dapat dirakamkan semasa pemeriksaan dijalankan terutama melibatkan tahun 1 yang mana beberapa orang pelajar takut untuk diimunisasikan.