20 June 2017
MALAYSIAN QURAN HOUR PERINGKAT SK TEBAANG 2017
15 May 2017
BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPSR MATEMATIK
10 May 2017
BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
Bertarikh 09 Mei 2017 yang lalu, pihak Unit Kurikulum dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu SK Tebaang telah berjaya menganjurkan bengkel menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu kertas pemahaman, Penceramah jemputan khas adalah Cikgu Zulkurnain Bin Abdul Moid tidak asing lagi bagi daerah di Daro. Beliau juga merupakan guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga merupakan Guru Besar SK Bayang.
Perkongsian ilmu ini juga diharapkan dapat memantapkan pengetahuan bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini nanti. Banyak ilmu telah dicurahkan oleh Cikgu Zulkurnain bagi memberi lebih keyakinan kepada para pelajar semasa menjawab soala-soalan dalam peperiksaan berkenaan yang akan berlangsung pada bulan September ini. Terima kasih kepada Cikgu Zulkurnain kerana sudi datang dalam membantu pihak kami dalam meningkatkan prestasi UPSR bagi sekolah ini.
26 April 2017
KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 / 2017
Panitia Pendidikan Agama Islam telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat Siri 1 /2017 telah berjaya dianjurkan pada 25 April 2017 yang mana ia bermula pada 2:30 petang hingga 5:00 petang. Penyertaan di kalangan pelajar adalah terdiri daripada murid tahap 1 dan dibimbing oleh guru pendidikan islam dan dibantu oleh guru kelas kafa SK Tebaang.
Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk
memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi
bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan. Alhamdullillah penyertaan dan sambutan daripada pelajar amat menggalakkan. Diharapkan kem ini dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)





