23 October 2018

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK KG. TEBAANG 2018

Sebagai menyahut seruan Kementerian Belia & Sukan, Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Tebaang telah mengadakan program berkenaan pada 13 Oktober 2018 yang lalu. Seramai 220 peserta yang terdiri daripada staf, guru dan para pelajar telah menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan pada hari berkenaan.
        
       Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
        
       Antara aktiviti yang dijalankan seperti acara merentas desa dan permainan tradisional seperti galah panjang serta kaki 3. Acara bermula pada jam 7:30 pagi  dan berakhir pada 11:30 pagi. Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang sejurus selesai acara-acara berkenaan.



PEMILIHAN WAKIL ZON TANJUNG ALAN UNTUK TAHUN 2018

Sesi pemilihan bagi memilih wakil Zon Tanjung Alan telah berlangsung pada 11 Oktober 2018. SK Hijrah telah dipilih menjadi hos kepada acara-acara melibatkan permainan seperti bola sepak, bola jaing dan sepak takraw. Selain itu acara melibatkan acara balapan dan padang juga turut diadakan di Stadium Mini Daro.

       Tahniah diucapkan kepada 3 orang atlet dari SK Tebaang yang telah terpilih bagi mewakili Zon Tanjung Alan ke peringkat daerah. Tiga orang murid yang telah tepilih untuk mara ke peringat seterusnya adalah Faizzudin Aldy Nohar (lompat tinggi), Sakinah (lompat tinggi) dan Fariell Naim (100m), yang mana masing-masing menghadiahkan pingat emas buat #teamtebaang.
       
       Walaupun kontinjen SKTD gagal untuk menjulang gelaran juara keseluruhan, namun prestasi atlet yang menggalas tanggungjawab tidak menghampakan kerana rata-rata atlet membawapulang pingat perak dan gangsa. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang melatih para atlet serta semua pihak yang terlibat sama ada di hadapan mahupun di sebalik tabir. Semoga para atlet SK Tebaang terus unggul pada masa akan datang.