17 August 2014

MELANGGAR RAYA 2014

Pada 14 Ogos 2014 bersamaan 18 Syawal 1435H hari Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri ( Melanggar Raya ) sempena Hari Raya Aidilfitri. Majlis bermula kira-kira pukul 11.00 pagi. Guru-guru dan murid-murid telah diminta membawa kuih muih untuk majlis tersebut. Majlis diadakan mengikut kelas masing-masing.Semua guru-guru kelas telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyediakan satu menu makanan untuk kelas masing-masing.Makanan yang disediakan termasuklah soto,rendang,mee goreng,spageti,satay bakso,laksa dan bermacam-macam lagi.Murid-murid juga turut membawa kuih muih dari rumah.Objektif majlis ini adalah untuk merapatkan ukhwah diantara guru dengan murid.Terima kasih kepada semua guru termasuk guru kafa,aks,staf sokongan sekolah dan kepada semua yang menjayakan majlis ini.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.











   






































































No comments:

Post a Comment