6 January 2016

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2016

       Pada tarikh 4 Januari 2016, maka bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2016 setelah sebulan lebih para pelajar bercuti panjang. Bagi murid-murid Tahun 1 seramai 29 orang pelajar telah mendaftar bagi sesi kali ini, Dari riak wajah kesemua pelajar Tahun 1 ternyata begitu teruja kerana dapat memasuki kelas berkenaan. Bagi tahun ini kesemua pelajar yang berdaftar di SK Kg. Tebaang adalah seramai 196 orang. 
       Bagi pelajar Tahun 6 pada tahun ini, mereka akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan format terbaharu.  Dengan pertambahan subjek Bahasa Inggeris penulisan yang akan dikira secara berasingan ternyata akan lebih memberi cabaran kepada calon-calon UPSR ini untuk menaikkan prestasi masing-masing. Adalah menjadi harapan semua warga SK Kg. Tebaang pada tahun ini agar para pelajar dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk menjulang prestasi dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah demi masa depan para pelajar sendiri