Pada 04 Februari yang lalu, Unit Hal Ehwal Murid SK Tebaang telah menyerahkan wang bantuan awal persekolahan bagi sesi 2016. Penyerahan bantuan berkenaan telah diuruskan melalui guru kelas masing-masing kepada para ibu-bapa. Mulai tahun ini hanya keluarga yang berpendapatan RM 3000.00 ke bawah sahaja yang layak menerima bantuan ini berbanding pada tahun lepas yang mana semua pelajar yang berdaftar di sekolah ini telah menerima bantuan tersebut.
Bagi tahun ini seramai 167 orang pelajar telah menerima bantuan awal persekolahan bagi sesi ini. Antara lain tujuan bantuan diberikan adalah untuk meringankan beban kewangan para ibu bapa dalam menyediakan peralatan sekolah anak masing.masing. Adalah diharapkan agar bantuan ini dapat dimanfaat sepenuhnya oleh para ibu bapa bagi kemajuan pendidikan anak-anak yang berada di bawah tanggungan masing-masing. Berikut ada sekitar senario penyerahan wang bantuan berkenaan.
No comments:
Post a Comment