30 March 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEGAWAS SESI 2016 & MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR (FEB/MAC)

       Kedua-dua program berkenaan telah berlangsung pada 30 Mac 2016 tepat jam 2:30 petang di ruang legar makmal komputer SK Tebaang. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Kg. Tebaang. Antara tetamu jemputan yang hadir dalam majlis berkenaan adalah wakil daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Ketua Kaum Kampung Tebaang Hilir, Encik Jaafar B. Rasdi dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru iaitu Puan Hajijah bt. Yassin.
       Acara dimulai dengan Majlis Penyampaian Watikah kepada semua pengawas sekolah, pegawas perpustakaan dan Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2016. Sebaik sahaja Majlis Penyampaian Watikah selesai acara berikutnya Majlis Sambutan Hari Lahir di bawah Program Sekolah
Penyayang yang dikendalikan Unit HEM yang diketuai oleh Puan Saudah bermula dengan nyanyian Selamat Hari Lahir. 
       Majlis ini diadakan untuk memperingati hari lahir semua warga SK Tebaang yang menyambut hari lahir bagi bulan Februari dan Mac. Acara lain adalah acara memotong kek dan penyampian hadiah. Turut sama hadir adalah di kalangan para ibu bapa murid yang diraikan. Majlis diakhiri dengan jamuan ringkas tetapi meriah. Terima kasih kepada semua penyumbang dan kerjasama sama yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya kedua-dua acara tersebut.


No comments:

Post a Comment