28 November 2016

ADIOS l BYE l WADAEAAN l SELAMAT JALAN 2016

       Untuk catatan terakhir bagi tahun ini, pihak Admin Blog SK Tebaang ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang banyak membantu dalam kelangsungan blog ini sama ada dari segi sumbangan buah fikiran, komen-komen membina, foto-foto dan sebagainya.Walau pun tiada KPI khusus yang ditetapkan untuk pihak kami, namun apa yang paling penting adalah tujuan utama pihak kami di Unit Dokumentasi SK Tebaang 2016 ini adalah semata-mata untuk menyebar luaskan info-info yang berkaitan dengan sekolah ini untuk tatapan semua. Semoga apa yang dipaparkan sepanjang tahun ini akan menjadi lipatan sejarah yang penting suatu hari kelak.
      Pada kesempatan ini juga,pihak kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar Tahun 6 sesi 2016 yang akan meninggalkan bangku sekolah rendah sebaik sahaja memulakan sesi persekolahan 2017 yang akan datang. Walaupun di bumi mana anak-anak Tahun 6 / 2016 semua berada, doa yang terbaik buat semua akan sentiasa mengiringi anda. Terus berusaha menjulang kejayaan dan kekalkan semangat perjuangan anda seperti anda tunjukkan dalam peperiksaan UPSR yang mana sebelum ini tiada siapa meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak semua tetapi anda berjaya membuktikan dengan tekad dan gigih berusaha pasti akan hadir cahaya kejayaan. Kami bangga dengan anda semua.
       Kepada Ustaz Muhammad Afif, Cikgu Muhamad Hakam, Cikgu Iskunadi, Cikgu Pia, Cikgu Abdul Khalim dan Cikgu Nik Norhafiza, terima kasih banyak atas sumbangan yang kalian berikan untuk sekolah ini. Semoga Allah S.W.T membalas kebaikan yang berlipat ganda kepada kalian semua. Doa kami, semoga sukses di tempat baru dan tidak akan melupakan bumi bertuah ini dalam kenangan kalian berdua. Kami berasa bangga dan merupakan suatu penghormatan yang amat tinggi kerana  berpeluang bekerjasma bersama-sama dengan kalian semua dan semoga ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan selama-lamanya.

 Guru & Staf SKTD 2016

 Warga SKTD @ APC 2016

 Guru SKTD 2016 Berpindah

Pelajar Tahun 6 Sesi 2016

No comments:

Post a Comment