17 March 2018

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS/PENYERAHAN TUGAS GURU/PEMBUGARAN PROGRAM NILAM & FROG VLE

Pada 27 Januari 2018 berlangsung majlis 3 dalam 1 iaitu Majlis Watikah Pelantikan Pegawas/Penyerahan Tugas Guru/Pembugaran Program Nilam & Frog VLE. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Tebaang, Encik Hassan B. Norden di ruang legar Makmal Komputer SK Tebaang. Majlis dimulai dengan pelantikan pegawas-pengawas yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, Ketua dan Penolong Kelas bagi sesi 2018. Selepas itu majlis diteruskan dengan Majlis Penyerahan Tugas kepada guru-guru mengikut agihan masing-masing. Program pada pagi itu juga diteruskan dengan Majlis Pembugaran Program Nilam & Frog VLE dan diakhiri dengan sesi bergambar.




No comments:

Post a Comment