Pembinaan Susur Gajah telah dijalankan bermula 28 April yang lepas telah mendapat kerjasama yang amat baik di kalangan ahli PIBG SK Tebaang teruatama daripada kaum bapa. Pembinaan susur gajah ini adalah menghubungkan antara blok pentadbiran, blok kelas, tandas, perpustakaan dan bangunan RMT. Dengan terbinanya susur gajah ini, murid-murid yang bergerak antara bangunan ini tidak kena hujan dan panas. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak ibu bapa yang bertungkus lumus dalam pembinaan susur gajah ini.
17 May 2016
17 April 2016
CERAMAH MOTIVASI MURID TAHUN 6
Alhamdulillah, selesai sudah satu program ceramah motivasi bagi tahun 6 yang berlangsung pada sebentar tadi. Kali ini program berkenaan telah berjaya dianjurkan dengan jayanya oleh Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tebaang. Penceramah motivasi yang didatangkan khas kali ini adalah tidak asing lagi bagi kebanyakan di sekolah daerah Daro yang mana sering dijemput untuk memberi motivasi kepada para pelajar dan juga ibu bapa. Beliau yang dimaksudkan adalah Encik Ismadi Bin Johari.
Program berkenaan diadakan di ruang legar bawah makmal komputer SK Tebaang dan turut sama disertai oleh para ibu bapa murid tahun 6. Antara lain tujuan mengapa program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada para murid tahun 6 betapa pentingnya memulakan langkah awal dengan menyemai sikap rajin belajar dan berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti. Adalah diharapkan agar selesai program ini nanti akan terbentuknya keinsafan dalam diri murid-murid untuk terus bermotivasi dalam mencari bekalan ilmu sebelum menjelangnya UPSR yang akan berlangsung pada bulan September ini nanti.
14 April 2016
PERASMIAN PROTUP DAN KELAS ABAD KE-21 DI SK ULU DARO
Program Tebaang, Ulu Daro dan
Pantray atau lebih dikenali dengan akronim PROTUP telah dirasmikan oleh
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Daro, Encik Omar Bin Ramain. PROTUP adalah
merupakan kesinambungan dari program RIMUP yang mana sejak 3 tahun lepas telah
dianjurkan secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga buah sekolah yang terlibat
iaitu SK Tebaang (SKTD), SK Ulu Daro (SKUD) dan SK Pantray (SKP).
Bagaimanapun bagi tahun ini, tercetusnya idea untuk berkolaborasi diteruskan
lagi tidak hanya melibatkan intergrasi dalam bidang kebudayaan dan sukan semata
malah telah melangkau kepada program bersama-sama melonjakkan prestasi akademik
khasnya. Dengan adanya pengemblingan kemahiran dan perkongsian amalan baik para
guru ini adalah diharapkan agar suatu ketikanya nanti akan dapat meningkatkan
lagi prestasi akademik di ketiga-tiga buah sekolah.
Di samping itu juga, pihak SK Ulu Daro juga telah berubah dari segi dekorasi
dan susun atur kelas menjadikan mereka merupakan sekolah pertama di daerah Daro
dapat mengwujudkan Kelas Abad Ke-21 bagi menarik minat para pelajar untuk
berusaha dengan gigih menggapai keterbilangan dalam pelbagai bidang. Usaha ini
dapat dijadikan contoh terbaik untuk sekolah-sekolah di daerah ini agar dapat
mengambil insiatif yang sama seperti apa yang dibuat oleh SK Ulu Daro. Syabas
dari pihak kami atas kesudian pihak SK Ulu Daro menjemput kami untuk melihat
sendiri kejayaan sekolah ini dalam segala aspek dan dari sini pihak SK Tebaang
dapat belajar dn seterusnya mengaplikasikan amalan terbaik ini di sini.
AKTIVITI 10 MINIT CEGAH AEDES
Sekali lagi pada pagi ini, Unit Hal Ehwal Murid berjaya melaksanakan aktiviti 10 minit cegah denggi yang melibatkan semua murid, guru dan staf SK Tebaang. Keadaan cuaca kebelakangan ini amat sesuai untuk nyamuk aedes membiak. Antara objektif yang ingin capai dalam aktiviti ini adalah untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes. Seterusnya adalah diharapkan agar dapat memupuk kesedaran di kalangan murid-murid tentang perlunya menjaga persekitaran sekolah bagi mengelaknya penyakit demam denggi merebak.
Subscribe to:
Posts (Atom)



