Program Tebaang, Ulu Daro dan
Pantray atau lebih dikenali dengan akronim PROTUP telah dirasmikan oleh
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Daro, Encik Omar Bin Ramain. PROTUP adalah
merupakan kesinambungan dari program RIMUP yang mana sejak 3 tahun lepas telah
dianjurkan secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga buah sekolah yang terlibat
iaitu SK Tebaang (SKTD), SK Ulu Daro (SKUD) dan SK Pantray (SKP).
Bagaimanapun bagi tahun ini, tercetusnya idea untuk berkolaborasi diteruskan
lagi tidak hanya melibatkan intergrasi dalam bidang kebudayaan dan sukan semata
malah telah melangkau kepada program bersama-sama melonjakkan prestasi akademik
khasnya. Dengan adanya pengemblingan kemahiran dan perkongsian amalan baik para
guru ini adalah diharapkan agar suatu ketikanya nanti akan dapat meningkatkan
lagi prestasi akademik di ketiga-tiga buah sekolah.
Di samping itu juga, pihak SK Ulu Daro juga telah berubah dari segi dekorasi
dan susun atur kelas menjadikan mereka merupakan sekolah pertama di daerah Daro
dapat mengwujudkan Kelas Abad Ke-21 bagi menarik minat para pelajar untuk
berusaha dengan gigih menggapai keterbilangan dalam pelbagai bidang. Usaha ini
dapat dijadikan contoh terbaik untuk sekolah-sekolah di daerah ini agar dapat
mengambil insiatif yang sama seperti apa yang dibuat oleh SK Ulu Daro. Syabas
dari pihak kami atas kesudian pihak SK Ulu Daro menjemput kami untuk melihat
sendiri kejayaan sekolah ini dalam segala aspek dan dari sini pihak SK Tebaang
dapat belajar dn seterusnya mengaplikasikan amalan terbaik ini di sini.
No comments:
Post a Comment