Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

17 August 2014

PROGRAM MOTIVASI DAN TEKNIK BELAJAR

Ahad, 17 Ogos 2014, Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan satu Program motivasi dan teknik belajar untuk tahun 5 dan 6. Program ini memberi  fokus kepada murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Pelbagai Slot yang telah dirancang bagi murid-murid mendapat teknik belajar yang berkesan. Diharapkan Program ini dapat membangkitkan semangat dan motivasi diri murid tahun 6 untuk menempuh UPSR yang bakal tiba.




















LATIHAN KARNIVAL PRA SEKOLAH 2014

Sekitar Latihan Karnival Pra. SKTD telah menghantar wakil untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Futsal, Bola Jaring dan Susun Kata. Pihak sekolah Mendoakan para peserta beroleh kejayaan dalam pertandingan tersebut. Karnival Pra 2014 ini akan diadakan di SK Hijrah Badong pada 18 Ogos 2014.Terima Kasih kepada Cikgu Nicholas dan Cikgu Nik Norhafiza kerana sudi meluangkan masa untuk melatih murid-murid Pra Sk Tebaang.










MELANGGAR RAYA 2014

Pada 14 Ogos 2014 bersamaan 18 Syawal 1435H hari Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri ( Melanggar Raya ) sempena Hari Raya Aidilfitri. Majlis bermula kira-kira pukul 11.00 pagi. Guru-guru dan murid-murid telah diminta membawa kuih muih untuk majlis tersebut. Majlis diadakan mengikut kelas masing-masing.Semua guru-guru kelas telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyediakan satu menu makanan untuk kelas masing-masing.Makanan yang disediakan termasuklah soto,rendang,mee goreng,spageti,satay bakso,laksa dan bermacam-macam lagi.Murid-murid juga turut membawa kuih muih dari rumah.Objektif majlis ini adalah untuk merapatkan ukhwah diantara guru dengan murid.Terima kasih kepada semua guru termasuk guru kafa,aks,staf sokongan sekolah dan kepada semua yang menjayakan majlis ini.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.