Showing posts with label Panitia j-QAF. Show all posts
Showing posts with label Panitia j-QAF. Show all posts

9 May 2014

Sesi Bacaan Surah Yasiin Murid Tahun 6 SK Tebaang Daro..

Sesi bacaan Surah Yasiin murid-murid tahun 6 SK Tebaang Daro diadakan pada setiap hari Jumaat. Aktiviti ini dikendalikan oleh guru-guru Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Tebaang Daro bertempat di bilik j-QAF.

Sekitar sesi bacaan Yasiin murid-murid UPSR SK Tebaang Daro 2014..






















15 April 2014

Aktiviti menceriakan bilik j-QAF SK Tebaang Daro..

Antara inisiatif guru-guru panitia Pendidikan Islam dan j-QAF bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid SK Tebaang Daro. Bilik j-QAF ditubuhkan pada awal tahun ini menggunakan sebahagian daripada bilik akses yang kelihatan terbiar kerana peralatannya yang sudah tidak lagi berfungsi dengan baik.

Usaha mewujudkan bilik j-QAF bagi murid-murid SKTD untuk tujuan aktiviti PdP agama Islam dan kelas pemulihan j-QAF. Alhamdulillah, bilik j-QAF akhirnya dapat diwujudkan dengan kerjasama pentadbir sekolah, guru-guru serta murid-murid SK Tebaang Daro.

Sekitar aktiviti-aktiviti bagi menceriakan bilik j-QAF SK Tebaang Daro..













19 March 2014

MTQ Peringkat Daerah Daro 2014..

Majlis Tadarrus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah Rendah peringkat Daerah Daro telah diadakan pada 18/03/2014 bertempat di SK Abang Gesa, Belawai. SK Tebaang Daro telah mewakili Zon Tg. Alan bagi pertandingan nasyid dan acara bercerita kisah Nabi kategori Lelaki dan Perempuan.

Peserta SKTD telah mendapat Naib Johan bagi pertandingan nasyid, tempat ketiga bagi acara bercerita kisah Nabi kategori lelaki dan saguhati bagi acara bercerita kisah Nabi kategori perempuan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta SKTD yang telah berusaha bersungguh-sungguh pada kali ini biarpun nasib tidak menyebelahi kita. InsyaAllah kita cuba lagi pada masa yang akan datang. Tahniah!