Showing posts with label Ibu Bapa. Show all posts
Showing posts with label Ibu Bapa. Show all posts

2 August 2014

DIALOG PRESTASI KALI KE-2 2014 BERSAMA IBU BAPA


Bagi memahami prestasi dan cabaran semasa murid-murid Tahun 6, satu program dialog bersama ibu-bapa telah dijalankan oleh SK Tebaang, Daro.Dialog prestasi kini adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan secara optimum kecemerlangan sekolah. Program ini juga dijalankan bagi menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), Objektif program ini adalah untuk ibu bapa memahami dan mengenalpasti prestasi anak mereka sebelum menduduki peperiksaaan UPSR 2014.Dialog Prestasi kali ke-2 bersama ibu bapa tahun 6 ini telah diadakan di makmal SK Tebaang Daro pada hari rabu 23 julai 2014.Terima Kasih kepada semua guru,staf dan ibubapa yang telah menjayakan program ini,wassalam








Ucapan pendahuluan Pengerusi Program Dialog Prestasi oleh Cikgu Iskunadi
Ucapan Guru Besar Cikgu Khalim
Ucapan Guru Besar Cikgu Khalim
Guru Subjek UPSR Tahun 6
Guru UPSR Tahun 6
Dialog Akademik PK1 Cikgu Iskunadi
Semua Guru,Ibu Bapa dan Murid Tahun 6
Murid Harapan 5A UPSR 2014
Cikgu Azman (BM)
Cikgu Nuraini (BI)
Cikgu Hafizuddin (MT)
Cikgu Nik Hafiza (SN)





21 May 2014

Warna-warni Majlis Sambutan Hari Guru 2014 SK Tebaang Daro..

Memoir majlis sambutan hari guru 2014 peringkat sekolah sebagai kenang-kenangan buat seluruh warga SK Tebaang Daro. Potret kenangan sempena Hari Guru 2014. Guru; Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.

Antara memoir aktiviti di dewan terbuka Makmal Komputer SKTD..

















Antara memoir acara sukaneka sempena sambutan hari guru SK Tebaang Daro 2014..










19 May 2014

Majlis Sambutan Hari Guru 2014 SK Tebaang Daro..

Alhamdulillah, selesai sudah majlis sambutan hari guru peringkat sekolah bagi tahun 2014 yang diadakan pada pagi tadi dengan membawa tema sambutan hari guru Malaysia pada tahun ini iaitu "Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi". Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SK Tebaang Daro. Jasamu dikenang sepanjang zaman.

Sekitar majlis sambutan hari guru SK Tebaang Daro yang berlangsung pagi tadi..



















































Pihak SKTD mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan Hari Guru pada kali ini. Semoga semua warga pendidik SKTD akan terus bersemangat dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab mendidik anak bangsa khususnya murid-murid SK Tebaang Daro, Sarawak.

Akhir kata, Selamat Hari Guru! Terima Kasih Cikgu!

Sekian, terima kasih..