Bertarikh 13 April 2016 Unit Kurikulum telah
berjaya menganjurkan satu program iaitu Dialog Prestasi bersama-sama dengan
para ibu bapa murid tahun 6 bagi melaporkan perkembangan semasa anak-anak
khasnya dalam bidang akademik bagi tempoh suku pertama bagi tahun ini.
Pertemuan ini telah diadakan di makmal komputer sekolah. Perbincangan dan
perbentangan adalah berfokuskan mengenai prestasi akademik, program peningkatan
akademik yang telah dilaksanakan serta program-program yang akan dirancangkan
di masa-masa akan datang untuk manfaat murid-murid tahun 6.
Serentak dengan itu
juga, penetapan sasaran UPSR bagi tahun ini juga turut dijalankan bagi
memastikan para pelajar sentiasa bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam
UPSR. Para pelajar mengisi satu borang khas yang memaparkan sasaran individu
yang perlu dicapai pada UPSR dengan disaksikan sendiri oleh para ibu bapa
pelajar masing-masing. Adalah diharapkan agar setiap program yang telah disusun
oleh pihak sekolah akan mendapat sokongan daripada semua pihak khususnya para
ibu bapa.
No comments:
Post a Comment