Hari Guru peringkat SK Tebaang telah berlangsung dalam
suasana yang sederhana tetapi cukup meriah pada pagi semalam. Sambutan sempena
mengenang jasa para guru pada setiap 16 Mei adalah kelolaan pihak PIBG seratus
peratus. Antara ini turut dimeriahkan dengan kedatangan Yang Dipertua PIBG yang
baharu iaitu Encik Yusri Solhi, Imam Ketua Kaum Encik Jaafar Rasdi dan Ayahanda
Rahman Lebar. Antara acara yang sempat diadakan dalam program berkenaan adalah
nyanyian koir guru, penyampaian hadiah, sesi pemotongan kek dan persembahan
daripada pelajar.
No comments:
Post a Comment