28 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU DAN APC DAERAH DARO

       Sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah berjaya dianjurkan dengan begitu jaya dan meriah sekali oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Daro. Acara ini telah diadakan di Dewan Terbuka Kampung Tian Matu pada sebelah pagi 28 Mei 2016. Majlis ini begitu bermakna dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Abdul Wahab Bin Dollah, Ahli Parlimen P.207 Igan dan Yang Berhormat bagi Dun N.43 Daro, Encik Shafiee Bin Haji Ahmad.
       
       SK Tebaang dan beberapa sekolah sekitar Zon Tanjung Jol dan Zon Tanjung Alan telah terlibat dalam acara ini dengan menyediakan juadah untuk para tetamu yang hadir. Sambutan yang diadakan ini turut menarik kehadiran penduduk sekitar Matu-Daro untuk sama-sama meraikan sambutan kali ini.

       Serentak dengan dengan sambutan hari guru kali ini juga adalah penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. Antara penerima anugerah ini adalah guru dari SK Tebaang iaitu Cikgu Kachindai Anak Daniel dan Cikgu Nik Norhafiza Binti Nik Abdullah. Bagi pihak warga SK Tebaang, kami ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas usaha komitmen yang amat tinggi yang telah kalian tunjukkan.





No comments:

Post a Comment