Pada 10
Julai 2018, SK Tebaang Daro dengan kerjasama PIBG SKTD menganjurkan
Majlis Ramah Aidilfitri, Gawai Dayak dan Tahun Baru Cina. Majlis ini
digabungkan dengan sambuta hari lahir bulan April hingga Jun kelolaan
Jawatankuasa Guru Penyayang. Majlis tersebut disambut dengan sederhana
namun meriah dengan pelbagai jenis juadah yang disediakan oleh para ibu
bapa murid. Majlis tersebut dirasmikan dengan upacara gulung bidai, satu
upacara masyarakat Iban menandakan tamatnya perayaan Gawai Dayak. Gimik
diteruskan dengan letupan mercun oleh Guru Besar dan para jemputan.
Dalam majlis itu juga, para guru kelas mengagihkan duit raya kepada
murid-murid.
No comments:
Post a Comment