Pada 26 sehingga 30 Julai 2018, SK Tebaang telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bersama murid-murid Tahun 6.
Objektif lawatan sambil belajar ini dilaksanakan adalah untuk mendedahkan
murid-murid kepada dunia luar khususnya di ibu negara serta meningkatkan
motivasi murid-murid untuk terus mengejar cita-cita ke menara gading. Rombongan
pada tahun ini adalah seramai 36 orang, iaitu 28 orang murid dan 8 orang guru
pengiring.
Antara
lokasi yang dilawati pada kali ini adalah Putrajaya, Menara KL, Menara
Berkembar Petronas, Aquaria, Petrosains, Pusat Sains Negara, Planeterium Negara
serta Zoo Negara. Alhamdulillah, walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan
cabaran, namun akhirnya lawatan ini berjaya dilaksanakan.
Terima
kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak atas kelulusan
melaksanakan program ini.
Terima
kasih juga diucapkan kepada Presscott Hotel yang menyediakan tempat penginapan
yang selesa, Syarikat Warisan Ayah yang menyediakan bas yang selesa dan pemandu
yang ramah, serta semua pihak yang banyak membantu sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program ini
diteruskan pada masa akan datang, inshaa Allah.
No comments:
Post a Comment