Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

7 May 2014

Bantuan Susu 1 Malaysia SK Tebaang Daro..

Bantuan susu 1 Malaysia buat kali kedua bagi sesi persekolahan 2014 telah selesai diagihkan kepada murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 SK Tebaang Daro, Sarawak. Rata-rata murid-murid SK Tebaang bergembira dan seronok menerima susu kotak masing-masing.

Sekitar sesi pengagihan Susu 1 Malaysia yang berlangsung pada minggu ini dan minggu lepas..






















5 May 2014

Ceramah Kesihatan; Pemakanan Sihat SK Tebaang Daro..

Hari ini, murid-murid  tahun 4,5 dan 6 SK Tebaang Daro telah mengikuti satu sesi ceramah kesihatan tentang pemakanan sihat oleh kakitangan Klinik Kesihatan Daro yang bertempat di Makmal Komputer, SK Tebaang Daro.

Sekitar ceramah kesihatan yang berlangsung pada pagi tadi..
























Pihak SKTD mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada kakitangan Klinik Kesihatan Daro atas perkongsian tentang pemakanan seimbang kepada murid-murid SK Tebaang Daro pada pagi tadi.

Sekian, terima kasih...

9 April 2014

Pemeriksaan kesihatan murid Tahun 1 SK Tebaang Daro..

SK Tebaang Daro menerima kunjungan daripada Klinik Kesihatan Daro pada hari ini. Kedatangan pegawai-pegawai kesihatan ini adalah bertujuan memeriksa kesihatan murid tahun 1 dan memberi suntikan imunisasi kepada mereka. Semua murid tahun 1 SKTD menerima 2 kali suntikan setiap seorang di samping pemeriksaan kesihatan mata dan kebersihan diri.

Sekitar aktiviti pemeriksaan kesihatan murid tahun 1 SK Tebaang Daro..






































Pihak SKTD mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai daripada Klinik Kesihatan Daro yang terlibat atas bantuan kesihatan yang diberikan kepada murid-murid SK Tebaang Daro.

Sekian, terima kasih.