SK Tebaang Daro menerima kunjungan daripada Klinik Kesihatan Daro pada hari ini. Kedatangan pegawai-pegawai kesihatan ini adalah bertujuan memeriksa kesihatan murid tahun 1 dan memberi suntikan imunisasi kepada mereka. Semua murid tahun 1 SKTD menerima 2 kali suntikan setiap seorang di samping pemeriksaan kesihatan mata dan kebersihan diri.
Sekitar aktiviti pemeriksaan kesihatan murid tahun 1 SK Tebaang Daro..
Pihak SKTD mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai daripada Klinik Kesihatan Daro yang terlibat atas bantuan kesihatan yang diberikan kepada murid-murid SK Tebaang Daro.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment