Showing posts with label Taklimat. Show all posts
Showing posts with label Taklimat. Show all posts

11 May 2014

Rutin Harian Warga SK Tebaang Daro..

Rutin harian warga SK Tebaang Daro, berkumpul pada awal bagi sesi perkongsian ilmu daripada guru-guru SK Tebaang Daro.

Sekitar sesi perkongsian ilmu di SK Tebaang Daro, Sarawak..



















19 February 2014

Kem Bestari Solat Fasa 1/2014 SK Tebaang Daro..

Alhamdulillah.. Selesai sudah program Kem Bestari Solat Fasa 1 bagi tahun 2014 yang dianjurkan oleh Panitia j-QAF dengan kerjasama guru-guru Pendidikan Islam, guru-guru KAFA, dan semua guru SK Tebaang Daro yang bermula jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang. 

Program Kem Bestari Solat (KBS) merupakan satu program j-QAF yang wajib dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun. Pada Kem Bestari Solat Fasa 1 ini, murid-murid diberi tunjuk ajar tentang teori wudhu' dan teori solat berserta amali wudhu' dan amali perlakuan dalam solat.

Murid-murid telah diagihkan kepada beberapa kumpulan yang dikendalikan oleh para fasilitator yang terdiri daripada guru j-QAF, guru Pendidikan Islam, guru KAFA dan guru akademik SK Tebaang Daro. Murid-murid dinilai oleh para fasilitator masing-masing tentang teori wudhu' dan solat serta amali wudhu' dan amali solat.

Sekitar aktiviti Kem Bestari Solat Fasa 1/2014 di SK Tebaang Daro pada petang tadi..






























































Panitia j-QAF SK Tebaang Daro mengucapkan jutaan terima kasih kepada para fasilitator dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Kem Bestari Solat Fasa 1/2014 pada petang tadi. Semoga segala sumbangan yang diberikan bagi menjayakan program tersebut mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Jazakallahu khoiran jazak..

Sekian, terima kasih..