23 October 2018

PEMILIHAN WAKIL ZON TANJUNG ALAN UNTUK TAHUN 2018

Sesi pemilihan bagi memilih wakil Zon Tanjung Alan telah berlangsung pada 11 Oktober 2018. SK Hijrah telah dipilih menjadi hos kepada acara-acara melibatkan permainan seperti bola sepak, bola jaing dan sepak takraw. Selain itu acara melibatkan acara balapan dan padang juga turut diadakan di Stadium Mini Daro.

       Tahniah diucapkan kepada 3 orang atlet dari SK Tebaang yang telah terpilih bagi mewakili Zon Tanjung Alan ke peringkat daerah. Tiga orang murid yang telah tepilih untuk mara ke peringat seterusnya adalah Faizzudin Aldy Nohar (lompat tinggi), Sakinah (lompat tinggi) dan Fariell Naim (100m), yang mana masing-masing menghadiahkan pingat emas buat #teamtebaang.
       
       Walaupun kontinjen SKTD gagal untuk menjulang gelaran juara keseluruhan, namun prestasi atlet yang menggalas tanggungjawab tidak menghampakan kerana rata-rata atlet membawapulang pingat perak dan gangsa. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang melatih para atlet serta semua pihak yang terlibat sama ada di hadapan mahupun di sebalik tabir. Semoga para atlet SK Tebaang terus unggul pada masa akan datang.




22 October 2018

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TEBAANG 2018


Kejohanan Sukan Tahunan SK Tebaang telah diadakan bermula 05 Oktober 2018 hingga 09 Oktober 2018 yang menyenaraikan pelbagai  acara olahraga dan permainan.

       Tahniah diucapkan kepada Rumah Mat Kilau (Rumah Merah) atas kejayaan merampas gelaran juara kesuluruhan daripada penyandang edisi yang lepas iaitu Rumah Rentap (Rumah Biru). Bagi edisi kali ini, Faiq bin Abdul Rahim telah dipilih sebagai Olahragawan Terbaik manakala Noraminah binti Badroldin pula telah dipilih sebagai Olahragawati Terbaik.

       Kejohanan Sukan Tahunan yang saban tahun diadakan ini telah dirasmikan oleh Puan Hajijah binti Yassin, Naib Yang DiPertua PIBG dan upacara menyalakan obor kejohanan pula dilaksanakan oleh Ketua Pengawas 2018, Fahrin bin Wasli. Tahniah kepada semua atlet yang telah berjuang sehingga ke titisan keringat yang terakhir demi mengumpul pingat buat rumah masing-masing. Semoga berjumpa lagi pada edisi yang akan datang.



12 September 2018

MAJLIS RAMAH AIDIFITRI, GAWAI DAYAK DAN HARI LAHIR

Pada 10 Julai 2018, SK Tebaang Daro dengan kerjasama PIBG SKTD menganjurkan Majlis Ramah Aidilfitri, Gawai Dayak dan Tahun Baru Cina. Majlis ini digabungkan dengan sambuta hari lahir bulan April hingga Jun kelolaan Jawatankuasa Guru Penyayang. Majlis tersebut disambut dengan sederhana namun meriah dengan pelbagai jenis juadah yang disediakan oleh para ibu bapa murid. Majlis tersebut dirasmikan dengan upacara gulung bidai, satu upacara masyarakat Iban menandakan tamatnya perayaan Gawai Dayak. Gimik diteruskan dengan letupan mercun oleh Guru Besar dan para jemputan. Dalam majlis itu juga, para guru kelas mengagihkan duit raya kepada murid-murid.

       Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang sudi hadir dan menyediakan juadah yang bukan sahaja nnampak menarik, malah sedap untuk dikongsi bersama. Semoga majlis sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih meriah pada tahun-tahun mendatang.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR 2018


Pada 26 sehingga 30 Julai 2018, SK Tebaang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bersama murid-murid Tahun 6. Objektif lawatan sambil belajar ini dilaksanakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia luar khususnya di ibu negara serta meningkatkan motivasi murid-murid untuk terus mengejar cita-cita ke menara gading. Rombongan pada tahun ini adalah seramai 36 orang, iaitu 28 orang murid dan 8 orang guru pengiring.
       
       Antara lokasi yang dilawati pada kali ini adalah Putrajaya, Menara KL, Menara Berkembar Petronas, Aquaria, Petrosains, Pusat Sains Negara, Planeterium Negara serta Zoo Negara. Alhamdulillah, walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran, namun akhirnya lawatan ini berjaya dilaksanakan.
      
     Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak atas kelulusan melaksanakan program ini. 
       
        Terima kasih juga diucapkan kepada Presscott Hotel yang menyediakan tempat penginapan yang selesa, Syarikat Warisan Ayah yang menyediakan bas yang selesa dan pemandu yang ramah, serta semua pihak yang banyak membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program ini diteruskan pada masa akan datang, inshaa Allah.