13 February 2014

Program Sarana Ibu Bapa SK Tebaang Daro 2014..

Alhamdulillah.. Selesai sudah program sarana ibu bapa yang diadakan di perkarangan bawah makmal komputer SK Tebaang Daro petang tadi. Program sarana ibu bapa ini bermula jam 2.30 petang dan tamat sekitar jam 5.00 petang bertujuan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid. Program ini juga bertujuan bagi menyuntik kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang peri pentingnya peranan ibu bapa untuk bersama-sama pihak sekolah dalam proses melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah. 

Program sarana ibu bapa ini juga bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang misi dan visi sekolah agar para ibu bapa dapat berganding bahu dan berkerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan misi dan visi sekolah tercapai terutamanya berkaitan dengan prestasi akademik murid-murid SK Tebaang Daro.

Sekitar program sarana ibu bapa pada petang tadi..































No comments:

Post a Comment