18 February 2014

Rombongan pegawai PPD Daro ke SK Tebaang Daro..

Pagi tadi, warga SK Tebaang Daro menyambut kedatangan rombongan kerja daripada pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Daro. Rombongan ini bertujuan untuk memantau dan memberi bimbingan kerja-kerja pengurusan sekolah terutamanya berkaitan dengan akademik termasuklah sistem pengurusan fail, buku rekod mengajar guru, program LINUS, program Nilam, Sistem SPS, PBS, VLE, pencerapan PdP dan banyak lagi. Rombongan kerja dari pegawai PPD Daro ini juga merupakan salah satu bentuk transformasi dalam dunia pendidikan di peringkat PPD Daro yang mana rombongan tersebut akan bergerak ke sekolah-sekolah di bawah pentadbirannya dari semasa ke semasa bagi memantau dan memberi bimbingan dalam melaksanakan dasar PPPM.

Sekitar rombongan kerja daripada pegawai-pegawai PPD Daro di SK Tebaang pagi tadi..
















Warga SKTD mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga rombongan PPD Daro di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada pihak SKTD semasa lawatan kerja yang dibuat pada pagi tadi.

Sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment