10 February 2014

Program Dasar Warga Emas Negara SK Tebaang Daro 2014..

Pagi tadi, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tebaang Daro di bawah kendalian Cg. Asma' telah mengadakan program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) bertempat di gelanggang SKTD. Program ini bertujuan untuk memupuk rasa hormat-menghormati dalam kalangan murid-murid SKTD terhadap golongan warga emas terutamanya kedua ibu bapa murid. Aktiviti perasmian program DWEN ini disempurnakan oleh Guru Besar SKTD, Tuan Haji Jaapar Bin Haji Saibin. 

Aktiviti program Dasar Warga Emas Negara pada kali ini adalah aktiviti senamrobik yang melibatkan warga emas yang terdiri daripada ibu bapa murid, guru-guru, staf sokongan, exco PIBG dan murid-murid SKTD. Acara senamrobik dikendalikan oleh Cg. Nik Norhafiza, Cg. Mohd Hatta dan Cg. Hafizuddin.

Sekitar aktiviti bagi Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) peringkat SK Tebaang Daro yang diadakan pada pagi tadi..






































































Sekian..

No comments:

Post a Comment