7 February 2014

Puppet Show at SK Tebaang Daro..

Hari ini, murid-murid Pra Sekolah dan murid-murid Tahap Satu SK Tebaang Daro telah disajikan dengan persembahan boneka "Puppet Show" daripada pegawai kesihatan Daro. Persembahan yang mengisahkan seekor kucing peliharaan yang cantik yang bernama Gary. Si Gary terlalu angkuh dan sombong dengan kecantikannya sehingga ia sanggup menghina kawan-kawannya yang lain dan tidak mahu berkawan dengan mereka. Kawan-kawannya terasa amat kecewa dan berkecil hati dengan sikap sombong si Gary tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, Gary telah mengalami kemalangan jalan raya dan mula disisihkan oleh tuan peliharaannya. Ia mula menyesal dengan sikapnya terhadap kawan-kawannya yang menyebabkan ia disisihkan oleh mereka. Akhirnya, Gary meminta maaf kepada kawan-kawannya atas kesilapannya dan mereka pun menjadi kawan selepas itu. Moralnya, janganlah kita bersikap sombong dengan segala kelebihan yang ada pada diri kita sebaliknya kita perlu menggunakannya ke arah kebaikan untuk mencapai keredhaan dan kasih sayang daripada Allah s.w.t dan juga kasih sayang daripada makhluk-Nya yang lain.






















Pihak SKTD mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai-pegawai kesihatan atas kesudian membuat persembahan pada pagi tadi dan terima kasih atas perkhidmatan pergigian yang diberikan kepada murid-murid SK Tebaang Daro.

Sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment