24 April 2014

Dialog Prestasi Murid Tahun 6 SKTD bersama Ibu Bapa..

Alhamdulillah, selesai sudah program permuafakatan dan sesi dialog prestasi murid-murid tahun 6 SK Tebaang Daro bersama ibu bapa murid yang diadakan di Makmal Komputer SKTD petang tadi. Sesi dialog ini bertujuan untuk berkongsi maklumat prestasi murid-murid calon UPSR sekolah kepada ibu bapa murid berdasarkan pencapaian semasa murid disamping memberi maklumat kepada ibu bapa dan murid berkenaan sasaran pihak sekolah untuk UPSR bagi tahun 2014 ini.

Guru-guru subjek UPSR tahun 6 berkongsi maklumat tentang sikap murid semasa aktiviti PdP berlangsung kepada ibu bapa murid. Para ibu bapa dinasihatkan untuk memantau aktiviti pembelajaran anak-anak di rumah dan sentiasa prihatin dengan pencapaian anak-anak mereka.

Sekitar program permuafakatan dan sesi dialog prestasi murid UPSR yang berlangsung pada petang tadi..





























Pihak SKTD mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan semua pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan sesi dialog prestasi pada hari ini..

Sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment