25 April 2014

Majlis Perpisahan Cikgu Nurul Syazlin..

Majlis perpisahan buat Cg. Nurul Syazlin Izahwati telah diadakan pada waktu rehat pagi tadi. Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada warga SKTD atas segala jasa dan bakti Cg. Nurul sepanjang berkhidmat di SK Tebaang Daro, disamping turut meraikan kedatangan 2 orang warga pendidik yang baru ke SK Tebaang Daro iaitu Cg. Kachindai dan Cg. Nuraini.

Sekitar majlis perpisahan yang berlangsung pada pagi tadi sebagai kenang-kenangan bersama..






























Warga SKTD mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Cg. Nurul Syazlin atas sumbangan bakti selama lebih kurang setahun bersama-sama kami di SK Tebaang. Semoga Cg. Nurul akan terus berjaya dalam kehidupan ini terutamanya dalam bidang pendidikan ini dan semoga SKTD sentiasa menjadi kenangan yang indah buat Cg. Nurul. Selamat bertugas di tempat yang baru di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Kelantan Darul Naim. Senyum sokmo!

Sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment