23 January 2014

Aktiviti Ko-Kurikulum; perjumpaan kali pertama..

Aktiviti ko-kurikulum SKTD telah bermula pada petang tadi yang mana telah diadakan perjumpaan pertama bagi persatuan badan beruniform dan kelab. Aktiviti ko-kurikulum SKTD diadakan pada setiap hari Rabu bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang di bawah kelolaan PK Ko-Kurikulum SKTD, Cg. Mustapha Bin Hashim. Semua murid dan guru diwajibkan menyertai aktiviti ko-kurikulum yang telah diatur dan dirancang oleh Cg. Mustapha.

Murid-murid telah diagihkan untuk menyertai badan beruniform tertentu yang terdiri daripada Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam. Manakala bagi aktiviti kelab juga murid-murid telah diagihkan kepada beberapa buah kelab seperti kelab Bahasa (BM, BI, PAI, MT&SNS), Kelab Komputer, Kelab Catur dan sebagainya. Setiap orang murid akan mengikuti satu aktiviti persatuan, satu aktiviti kelab dan satu aktiviti sukan pada setiap kali aktiviti ko-kurikulum berlangsung yang dikendalikan oleh guru-guru pembimbing masing-masing.

Aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan pada hari pertama pada petang tadi adalah taklimat daripada PK Ko-kurikulum, Cg. Mustapha. Murid-murid diajar nyanyian lagu negaraku dan juga lagu ibu pertiwiku. Selepas itu, murid-murid berpecah menuju ke kelas mengikut persatuan dan kelab masing-masing. Pada perjumpaan pertama ini, telah diadakan pemilihan jawatankuasa dalam kalangan murid bagi semua persatuan dan kelab yang disertai oleh murid.

Sekitar aktiviti Ko-kurikulum pada petang tadi...

Cg. Mus sedang memberi taklimat tentang perjalanan aktiviti Ko-kurikulum bagi sesi 2014..
Murid-murid SKTD tekun mendengar taklimat ko-kurikulum daripada Cg. Mus..
Dengar je lah..
Cg. Azman turut memantau aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan..
Guru-guru bersedia mengikut arahan seterusnya..
Murid-murid SKTD bersemangat menjalani aktiviti ko-kurikulum..
Murid-murid SKTD menyanyikan lagu negaraku dan lagu ibu pertiwiku..
Pengakap 2014
PBSM 2014
Puteri Islam 2014
KRS 2014
Rekod jangan tak rekod.. hihihi..

No comments:

Post a Comment